KOKO & COKLAT: MAKANAN BERKHASIAT DAN SEIMBANG


Coklat adalah produk berasaskan koko yang mempunyai banyak khasiat dan kandungan nutrien. koko ialah makanan yang seimbang. Ramai orang mengamalkan minuman berasaskan koko atau memakan coklat untuk suka-suka sahaja  tanpa mengetahui kebaikan khasiatnya. Koko sebenarnya menyumbang kepada pemakanan yang seimbang.  Kandungan lemak di dalam koko boleh memberi lebih banyak tenaga berbanding dengan kopi atau teh.

Koko apabila dicampur dengan susu dan gula akan menjadi minuman berkhasiat dan theobromine dan kafien di dalam serbuk koko boleh menjadi perangsang. Proses penghadaman susu juga menjadi bertambah baik bila dicampur dengan koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut. Koko juga mengandungi khasiat lemak, protein susu, kalsium, zat besi, vitamin A, kalsium dan sebagainya. ( sila lihat rajah)

 

Koko kaya Protein dan Kalsium.

Coklat susu 200 g dihasilkan dari satu setengah cawan susu. Susu kaya dengan protein, kalsium, fosforus, riboflavin(vitamin B2, Vitamin A dan D. Sekeping coklat 50 g menyumbangkan 4 g protein yang kita perlukan. Sekeping coklat susu juga mengandungi 250 gm kalsium. Kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi. Kalsium juga memainkan peranan penghantaran iyarat saraf, penguncupan otot dan pembinaan sel baru.

Kesan antioksida:

Kandungan poliphenol yang tinggi seperti flavanaoids iaitu bahan yang dikenali sebagai catechin adalah bahan kimia yang menjadi bahan antioksida yang kuat.

Kurangkan risiko penyakit kardiovaskular:

Amalan menggunakan koko sebgai bahan minuman atau cokelat yang kaya bahan antioksida boleh mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengelakkan masalah koronari jantung.

Kebolehan mengatasi tekanan:

Kajian saintifik mengesahkan bahawa bahan antioksida di dlam koko dapat menghalang perubahan emosi semasa menghadapi tekanan fizikal dan mental serta koko juga boleh meningkatkan stamina.

Awet muda:

Proses penuaan yang diakibatkan oleh radikal bebas dan pemakanan yang mengandungi bahan antioksida sangat penting untuk melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan jangkamasa hayat manusia yang sihat boleh panjang antara 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan bahan antioksida.

COCOZHI -DXN

COCOZHI DXN:

Cocozhi® dirumus khas daripada biji koko berkualiti tinggi dan ditambah dengan ekstrak Ganoderma. Cocozhi ialah minuman berperisa coklat yang terdapat dalam bentuk serbuk yang mudah dibawa dan sedia dibancuh untuk diminum. Di samping aroma koko yang menyelerakan, anda juga boleh mendapat manfaat daripada Ganoderma. Tuangkan Cocozhi® ke dalam secawan air panas dan kacau untuk menikmati minuman yang menyegarkan. Cocozhi sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Kandungan: kotak -20 sachet/ 32 g

Harga pasaran S/M: RM 40.00

Dapatkan produk Cocozhi dari pengedar DXN yang sah atau terus dari  kami. Terima Kasih.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

BERSIH USUS UNTUK SEHAT- MYCOVEGGIE


Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Menurut pakar kesihatan 90% peratus penyakit bermula dengan usus yang kotor. Toksin yang terkumpul di dalam usus usus melalui makanan dan minuman biasanya melekat pada dinding usus perut dan ini akan menghalang proses pencernaan dan juga peroses penyerapan nutrien dan pemakanan kita . Pada masa sama toksin akan mencemarkan darah kita dan ini boleh menyebabkan badan kita menghadapai berbagai masalah kesihatan.

Sistem pencernaan bermula dari mulut sehingga ke dubur berfungsi sebagai berikut:
– menerima makanan
– pencernaan iaitu memecah makanan menjadi zat-zat
– menyerap zat-zat nutrien ke dalam aliran darah
– membuang bahagian makanan yang tidak dapat dicerna dari tubuh.

Saluran pencernaan terdiri dari mulut, kerongkongan, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Sistem pencernaan juga meliputi organ-organ yang terletak di luar saluran pencernaan, yaitu pankreas, hati dan empedu.

Untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh kandungan toksin yang tinggi di dalam usus, langkah penting yang kita perlu diambil ialah membersihkan usus disamping mengurangkan makanan bertoksin dan menambah bahan suplemen. Jika usus diberishkan maka proses penyembuhan pada badan akan menjadi semakin kuat dan berfungsi normal begitu juga sistem imun akan bertambah kuat.

MycoVeggie DXN ialah makanan tambahan istimewa hasil campuran ramuan semula jadi terpilih seperti sayur-sayuran, pelbagai cendawan, spirulina, teh hijau, daun mulberi, daun ginkgo, daun noni, buah-buahan herba dan rempah-ratus.

MycoVeggie DXN mengandungi lemak yang rendah, tanpa gula, tanpa kolesterol, dan kaya dengan serat, vitamin C, kalsium and zat besi. Ia membantu menyahkan toksin melalui pembersihan saluran penghadaman dengan lembut, mempertingkatkan penyingkiran bahan buangan daripada sistem perkumuhan dan boleh dijadikan hidangan gantian untuk pengawalan berat badan.

Oleh itu, anda akan menjadi lebih bertenaga dan dapat menikmati kesihatan jangka panjang yang lebih dinamik dengan penggunaan MycoVeggie DXN.

Senarai nama bahan dan faedah kesihatan rumusan bahan yang terdapat di dalam Myco Veggie:

bijian (kulit) Psyllium

bijian Psyllium: Psyllium melembutkan tahi dan mengurangkan sembelit. Hal ini menurunkan jumlah kolesterol “buruk” LDL dan dapat menurunkan risiko penyakit jantung , Psyllium juga mungkin berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kandungan gula darah-peringkat pasca pada orang dengan diabetes dan untuk gejala peningkatan irritable bowel syndrome, ulcerative colitis, diare dan hemmorhoids

Saderi

daun Saderi:  Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia. Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkali dalam darah dan menbantu menghentikan pembiakan kuman.

daun Ginkgo

Ginkgo: Secara tradisional  biji dan daun ginkgo biloba digunakan untuk rawatan gangguan peredaran darah, Alzheimer dan kehilangan ingatan. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa ginkgo biloba menambah pelebaran pembuluh darah dan menurunkan pembekuan darah- sangat diperlukan untuk rawatan klaudikasio intermiten (penyumbatan arteri yang menyebabkan kram pada kaki). Ginkgo biloba kaya antioksidan yang diketahui mempunyai kesan baik dalam membaiki  kerosakan sel dengan menegatifkan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca sebahagian besar masalah kesihatan moden bermula daripada penyakit jantung hingga kanser, ginkgo biloba dianggap sebagai ubat mujarab.

halia

Halia:  bertindak sebagai Anti-Virus dan berguna untuk mengubati gangguan pencernaan dari makanan tidak sempurna serta untuk membantu meringankan kesesakan bernafas akibat selsema. Ia juga berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh kerana kemampuan anti-virus, halia juga dapat membantu meringankan ceret beret dan mual.

serai

Serai: menawarkan nutrisi penting untuk meningkatkan imum tubuh seperti kalsium, besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium, selenium dan zink. Serai baik untuk merawat demam, flu, sakit kepala, dan masalah usus dan detoksifikasi. Kerana aroma yang harum, ia sering ditemui dalam produk kecantikan dan wangian

 

jagung manis

Jagung: Kandungan nutrien dalam 100 gr jagung adalah sebagai berikut :

Kalori : 355 kal,  Protein  : 9.2 gr,  Lemak :  3.9 gr,  Karbohidrat  : 73.7 gr,  Kalsium  : 10 mg,   Posfor  : 256 mg,  Besi   : 2.4 mg,  Vitamin A   : 510 SI,  Vitamin B1  : 0.38 mg,   Air   : 12 g

cendawan Lion’s mane

Lions Mane: dikenali sebagai herba penyembuh untuk masalah pada saluran pencernaan seperti ulser perut dan pangkal usus, serta kanser perut, kerongkong dan usus.

Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa polisakarida, bersama-sama dengan asid Adenosin dan oleanolic, merangsang induksi interferon dan modulasi dari sistem kekebalan tubuh, meningkatkan putih jumlah sel darah untuk membantu proses penyembuhan. zat ini juga meningkatkan fungsi penghalang lendir paru-paru, mempercepat penyembuhan luka, dan menunjukkan kesan anti-inflamasi.

Lion’s Mane juga telah terbukti membantu mengatur kadar gula darah dan kolesterol dan kemampuannya untuk membantu memerangi beberapa gejala dan penyebab demensia dan penyakit Alzheimer serta disfungsi saraf periferi.

Daun teh hijau

Daun teh hijau: Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa peminum teh hijau memiliki risiko 16 peratus lebih rendah daripada semua penyebab kematian dan 26 peratus lebih rendah risiko penyakit kardiovaskular (“CVD”) serta meningkatkan kesihatan jantung, termasuk mencegah platelet darah dari saling menempel. Secara khusus, teh hijau dapat mencegah pengoksidaan kolesterol LDL ( jenis “buruk”), dapat mengurangkan penumpukan plak di arteri. L-theanine, sejenis bahan kimia yang ditemui dalam teh hijau. Penyelidik menyarankan bahawa pengambilan oral L-theanine boleh menyebabkan kesan anti-stres ( tekanan ).Teh hijau juga bolehmembuang lemak yang menyebabkan obesiti.

Bahan-bahan herba lain yang terdapat di dalam rumusan MycoVeggie ialah:

Daun Malberri, Daun Mengkudu, Cendawan Shiitake,  Cendawan Lyophilium, Cendawan St. George’s, Cendawan Elm Oyster, Cendawan Split Gill, Limau Nipis, Oren, Spirulina, Pericarpium Citri Reticulatea, Bunga Lawang dan Bunga Cengkih.

 

Bentuk pakej: botol/400g

harga pasaran (S/M) RM 225.00

 

Bentuk pakej: – 5g x 40 bag/ kotak

harga jualan (S/M) RM 126.00

** mudah di bawa.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

BEE POLLEN: makanan kesihatan terbaik


Firman ALLAH di dalam Al-Quran:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia.” [QS. An-Nahl : 68] “Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]

Orang ramai memang mengenali produk lebah paling popular iaitu madu yang berkhasiat dalam mengatasi berbagai penyakit. Namun, jika kita mengambil hikmah dari surat An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui produk lebah yang dapat dijadikan obat tidak terbatas hanya pada madu saja. Produk yang dihasilkan oleh lebah selain madu adalah berupa bee pollen, Royal jelly dan Propolis.

“Bee pollen adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan sempurna. Hal ini tidak dapat dibantah kerana telah dibuktikan oleh analisis di makmal dunia berkali-kali ..” Dr Betty Lee Morales.

Bee Pollen ialah salah satu makanan paling unik dan mujarab yang dapat diperolehi dari alam semulajadi. Pollen merupakan debunga jantan yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan menambah nektar atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan menukarkannya dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat atau granul. Kemudian, Bee Pollen ini dibawa balik ke sarang mereka. Lebah-lebah itu akan menambahkan enzim ke atasnya untuk menghalang percambahan dan menukarkannya kepada makanan bagi anak-anak lebah melalui proses metabolisma.

Zat makanan Bee Pollen

Bee Pollen amat kaya dengan Vitamin A, Provitamin A (karotenoid), B kompleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, zat galian (seperti kalsium, zat besi, kalium dan magnesium yang diperlukan untuk fungsi tubuh manusia), asid amino, hormon, enzim, lesitin, karbohidrat dan lemak, serta beberapa jenis antibiotik semulajadi dalam konsentrasi yang agak tinggi.

Faedah-faedah Bee Pollen

  • Peningkat sistem keimunan – Bee Pollen mempunyai keupayaan untuk menghapuskan bahan toksik dan mengeluarkan racun daripada tubuh badan.
  • Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.
  • Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.
  • Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
  • Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
  • Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
  • Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.

 

Bee Pollen membantu masalah pencernaan
Enzim amilase dalam Bee Pollen adalah mangkin biologi yang diperlukan untuk proses pencernaan. Ia membantu dalam pencernaan makanan. Di samping itu, ia juga membantu mencetuskan aktiviti pelarasan fungsi gastro-usus yang berkaitan dengan sembelit kronik dan beberapa kes cirit birit

Bee Pollen membantu mengurangkan berat badan

Bee Pollen kaya dengan lesitin iaitu sejenis pengemulsi lemak yang berkesan untuk memecahkan lemak dalam tubuh badan kita. Ia juga mengandungi ‘phenylalanine’ iaitu sejenis asid amino semulajadi yang bertindak sebagai penindas selera makan. Walau bagaimanapun, kesan pengurangan berat hanya dapat dilihat sekiranya pemakanan terkawal serta senaman teratur diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Bee Pollen sesuai untuk wanita hamil

DXN Bee Pollen ialah produk yang selamat untuk dimakan oleh semua orang walaupun bagi wanita yang sedang hamil. Bee Pollen mencegah kekurangan zat semasa hamil dan semasa tempoh penyusuan bayi. Bagaimanapun, bagi wanita yang hamil, boleh mendapatkan nasihat dari doktor sebelum memulakan pengambilan Bee Pollen.

Bee Pollen mengelakkan Anaemia

Anaemia berlaku apabila tubuh kita kekurangan zat besi, protein, vitamin B dan asid folik. Kekurangan zat-zat ini akan mengurangkan kadar penghasilan sel darah merah (hemoglobin) di dalam tubuh kita. Dengan memakan Bee Pollen yang kaya dengan zat besi, protein, vitamin B dan asid folik, ia dapat menambahkan bekalan keperluan zat-zat ini kepada tubuh dan seterusnya menghalang dan memperbaiki keadaan anemia dengan merangsangkan penghasilan hemoglobin.

Bee pollen sesuai untuk pemakan sayur ( vegeterian)

Nilai pemakanan pollen adalah setanding dengan sayuran segar, salad, buah-buahan dan ia merupakan pengganti sumber protein yang hebat. Bee Pollen ialah makanan tambahan yang tulen dan tidak diproses, ia mengandungi 100% bahan asas tumbuhan yang dihasilkan oleh bunga-bungaan, herba, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang dikumpulkan oleh lebah madu. Ia juga bebas dari sebarang bahan pengawet buatan manusia.

Bee Pollen sesuai untuk lelah dan masalah alahan

Kami mencadangkan anda bermula dari dos yang rendah. Sebagai permulaan, anda boleh mengambil dua tablet sehari pada minggu yang pertama untuk membina sistem keimunan anda secara perlahan-lahan. Kemudian, anda boleh menambahkan pengambilan secara beransur-ansur sehingga sampai ke tahap yang disyorkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang alah kepada produk hasil lebah, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan sebarang produk hasil lebah.

 

Bee Pollen DXN pilihan terbaik

Bee Pollen DXN adalah hasil asli dari alam semulajadi. Ia bebas dari bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa atau bahan tiruan yang lain. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah alahan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan Bee pollen. Bee Pollen DXN pilihan terbaik kerana:

Bee Pollen yang dipilih adalah berkualiti tinggi

• Dihasilkan oleh kilang yang mempunyai pengiktirafan “Amalan Perkilangan Baik” (Good Manufacturing Practice (GMP)) yang mempunyai makmal dan peralatan eksklusif.

• Diproses dengan menggunakan teknologi canggih untuk memastikan khasiatnya dikekalkan.

• Setiap kelompok produk diuji di bawah kawalan kualiti yang ketat.

• Tiada penambah kimia dan pengawet.

• Sesuai untuk setiap peringkat umur dan untuk pengambilan jangka lama.

• Bentuk tablet yang menyenangkan pengambilan pada setiap masa dan tempat.

Bee Pollen DXN untuk semua orang

Orang dewasa biasanya disyorkan memakan sebanyak 6 tablet sehari untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga adalah DXN menyediakan Bee Pollen dalam bentuk tablet. selamat dimakan bersama produk DXN yang lain. DXN Bee Pollen boleh dimakan pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan. Pengguna boleh memakan DXN Bee Pollen walaupun sedang menjalani rawatan ubatan barat.

Untuk maklumat produk Bee Pollen DXN, sila hubungi pengedar yang sah dan bertauliah.

Harga Pasaran:

1) Tablet 120: RM59.00

2)Tablet 300: RM141.50

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

HABBATUS SAUDA- HERBA PILIHAN ISLAM


 

Nabi Muhammmad S.A.W. Bersabda “tetaplah kamu dengan habbatus-Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati” Riwayat Imam Bukhari.

Bagaimanakah kita boleh menidakkan atau mengabaikan sejenis herba kesihatan yang telah diakui sendiri oleh Junjungan besar Umat Islam sebagai herba yang boleh menyembuhkan penyakit dan menyihatkan badan.

Al Habbatus Sauda sangat dikenali di kalangan Umat Islam. Ia juga dikenali sebagai Habbatul Barokah bererti “biji hitam yang direstui”.

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan tahunan yang berseri dengan bunga-bunga yang berwarna biru kelabu. Asalnya tumbuh liar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di halaman rumah.

Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya: Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa.

Bunga Habbatus Sauda

Beberapa kegunaan tradisional Habbatus Sauda ialah melegakan athma, masalah kerongkong dan penyakit sengal-sengal, meningkatkan sistem imunisasi, mengawal sistem hormon, meningkatkan sistem peredaran darah, sistem penghadaman dan untuk kesihatan badan secara menyeluruh.

Dalam kitab perubatan Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda boleh mengubati 50 macam penyakit tanpa sebarang kesan sampingan.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran melalui beberapa kajian ilmiah menunjukkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati radang tenggorok, arthritis dan bengkak sendi.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala /migrain.
  • Aktiviti merangsang hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu ibu.
  • Antiseptik, mencegah bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan selsema.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan jeragat muka.
  • Urinary tract, mengubati saluran kencing dan batu ginjal.
  • Anti histamine mengubati masalah alergik / alahan
  • Sistem imunisasi, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem pengedaran, meningkatkan kinerji jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas /asthma.
  • Anti toksin dan anti oksidan yang baik.

BLACK CUMIN PLUS keluaran DXN

 

DXN Marketing mengeluar dan mengedarkan herba tradisional Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul dinamakan Black Cumin Plus.

Sila dapatkan maklumat tentang produk BLACK CUMIN PLUS dari cawangan atau stokis DXN atau pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

Harga Pasaran:

1) Kapsul 30: RM36.00

2)Kapsul 90: RM97.50

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

LINGZHI: KHASIAT DAN RAHSIA “RAJA HERBA”


kebaikan Reishigano dan myselium

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu mengenai Lingzhi, atau lebih dikenali sebagai Ganoderma lucidum. Cendawan herba yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Cina ini mengandungi khasiat dan rahsianya yang cukup baik dalam dunia perubatan, tetapi sayangnya makin hari dunia hanya melihat pada perubatan konvensional dari Barat. Jadi di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan saya sendiri, insyaAllah.

Cendawan secara umumnya mampu meningkatkan sistem immun seseorang. Sistem immun sangat penting sebagai pertahanan badan terhadap penyakit, yang dibawa oleh bakteria, virus dan bahan asing. Secara umumnya, Ganoderma lucidum mengandungi 4 bahan aktif yang sangat membantu dalam penyembuhan, iaitu polysaccharides, organic germanium, superoxide dismutase (SOD) dan juga triterpenes.
http://www.medscape.com/medline/abstract/15544548

Polysaccharides daripada Ganoderma lucidum berkesan dalam mengurangkan kolesterol berbahaya. Ianya mempunyai kesan immuno-modulation, mengawal sistem immune, di mana polysaccharides ini mampu mengaktifkan pembahagian (proliferation) splenic mononuclear cells (MNCs) dan penghasilan cytokines. Bahan ini didapati juga berkesan terhadap kanser.
http://www.medscape.com/medline/abstract/16169168
http://www.medscape.com/medline/abstract/16323548
http://www.medscape.com/medline/abstract/18222673
http://www.medscape.com/medline/abstract/16117607

Germanium merupakan bahan mineral yang digunakan sebagai semiconductor. Dr. Asai mendapati bahan ini terdapat di dalam tumbuhan dan mempunyai kesan yang baik dalam penyembuhan. Organic germanium mampu meningkatkan pembekalan oksigen di dalam badan. Ia melekat dengan mudah kepada hidrogen (dehydrogenate), mengurangkan keasidan darah dan oksigen akan bebas tanpa perlu melekat pada hidrogen. Kebanyakan penyakit pada badan kita secara tidak langsung adalah disebabkan kekurangan oksigen, dimana darah menjadi bersifat asid (hidrogen tinggi), kadang kala juga di katakan sebagai ‘stress’. Jadi apabila pemakanan diambil dengan seimbang, dan oksigen yang mencukupi, secara tidak langsung memberi kesan penyembuhan yang baik.
http://www.organicgermanium.net/images/dr_asai_book.pdf(rujuk muka 17 dan 19)

Bahan aktif ketiga iaitu superoxide dismutase (SOD) merupakan sejenis enzim yang bertindak sebagai antioxidant dan anti-inflammatory. Ianya meneutralkan free-radical yang secara tidak langsung bertindak dalam melambatkan proses penuaan (anti-aging). SOD terdapat pada lapisan dermis dan epidermis, dan penting dalam penghasilan fibroblast yang baik (skin-building cells).
http://www.vitaminstuff.com/superoxide-dismutase.html

Triterpenes, yang juga dikenali sebagai asid Lingzhi mempunyai aktiviti cytoxic yang bertindak sebagai agen anti-kanser. Bahan ini tidak membunuh sel-sel yang normal seperti yang di laporkan oleh Kolej Perubatan, National Taiwan Univercity. Triterpenes memanjangkan fasa G2 dalam kitaran sel dan menghentikan pembesaran sel tumor, seperti Hep G2,P-388 dan LLC (Lewis Lung Carcinoma), serta HIV-1 protease.
http://www.medscape.com/medline/abstract/11520245
http://www.medscape.com/medline/abstract/12639703
http://www.medscape.com/medline/abstract/10923835
http://www.medscape.com/medline/abstract/9810695

Berdasarkan sedikit penerangan saya di atas, dapat kita simpulkan bahawa Ganoderma lucidum (Lingzhi) mampu meningkatkan sistem immun badan, menyahtoksik, mengurangkan radikal bebas yang secara tidak langsung melambatkan proses penuaan. Malah, kesan yang sangat bagus iaitu sebagai agen anti-kanser.

Pembacaan saya dari sebuah buku mendapati, bidang perubatan Jepun telah mengesahkan Ganoderma positif kepada penyakit cardiovascular, darah tinggi mahupun rendah, hepatitis, sembelit, senggugut, penyakit puan, gastric ulcer dan pelbagai lagi. Kebanyakannya yang melibatkan pengaliran darah iaitu kesan hemocatharsis yang menolong organ-organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Penggunaannya yang begitu lama menunjukkan bahawa Ganoderma lucidum tidak mempunyai kesan sampingan yang berbahaya seperti sesetengah herba. John Chen dan Tina Chen dalam bukunya Chinese Medical Herbology and Pharmacology turut mengatakan bahawa Lingzhi mampu meningkatkan Qi dan menguatkan badan. Sesetengah orang juga menganggap Lingzhi sebagai ubat memanjangkan umur. Pengambilan yang berterusan dapat mencegah seseorang daripada penyakit berbahaya.
http://www.reishi.com/News/LingZhi.pdf

Jika kita lihat kembali, betapa besarnya ciptaan Allah, walaupun hanya cendawan yang tampak biasa di mata, tetapi kesannya sangat bermanfaat kepada manusia, tidak boleh dibandingkan dengan ciptaan manusia sendiri.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca. Marilah kita mencegah sebelum sakit, insyaAllah.

Artikal ini ditulis oleh: Shabih Alqamar

Ganoderma (RG) keluaran DXN

Mycelium (GL) keluaran DXN

Serbuk Ganoderma

 

 

 

 

 

 

Amalkan Makanan Kesihatan Lengkap berasaskan Ganoderma keluaran DXN. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan penerangan lengkap tentang penggunaan Ganoderma lucidum DXN Marketing Sdn Bhd daripada pengedar yang sah dan bertauliah.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

KOPI BAIK UNTUK KESIHATAN


Minuman kopi baik untuk kesihatan

Mengapa ada penentangan terhadap penemuan  bahawa kopi baik untuk kesihatan?

Ini alasannya:.

Hampir tiga puluh tahun yang lalu para penyelidik di Harvard University mengumumkan hubungan antara pengambilan kopi dan kanser.

Beberapa tahun kemudian mereka menarik balik kajian tersebut dan mengakui bahawa penemuan itu cacat dan tidak tepat.

Namun, kerana berita kajian tersebut dan gembar-gembur  media, kopi telah diberi label dengan stigma yang tidak sihat.

Sebenarnya, ia sangat jauh dari kebenaran.

Banyak maklumat yang boleh ditemui di laman-laman web menunjukkan, kopi dapat membantu dalam pencegahan dan rawatan penyakit dan penyakit pelbagai seperti Penyakit Alzheimer’s, diabetes, penyakit hati, kanser kulit, Penyakit Parkinson dan banyak lagi.

Pertimbangkan item berita ini …

buah kopiKopi Risiko Kesihatan: Untuk peminum kopi sederhana, kopi selamat dimunum.

( Harvard Women’s Health Watch).

Walaupun 20 tahun kajian meyakinkan, banyak orang masih mengelakkan kopi yang berkafein  kerana mereka bimbang tentang kesan kesihatan. Namun, kajian terkini menunjukkan bahawa meminum kopi secara sederhana-beberapa cawan sehari-kopi adalah minuman yang selamat yang bahkan mungkin menawarkan beberapa manfaat kesihatan.

( Edisi September Harvard Women’s Health Watch menimbangkan pro dan kontra  minuman popular dan memudahkan keprihatinan peminum kopi sederhana.

Penyelidikan terbaru ini tidak hanya mengesahkan bahawa pengambilan kopi secara sederhana tidak menimbulkan kemudaratan dan kerosakan, malah ia juga mempunyai manfaat. Kopi dapat mengurangkan risiko batu hempedu berkembang, menghalang perkembangan kanser usus besar, meningkatkan fungsi kognitif, mengurangkan risiko kerosakan hati pada orang yang berisiko tinggi untuk penyakit hati, dan mengurangkan risiko penyakit Parkinson. Kopi juga telah ditunjukkan untuk meningkatkan prestasi daya tahan dalam jangka-tempoh aktiviti fizikal.

Sumber: Penerbitan Kesihatan Harvard, Harvard Medical School, 2006.

Dan mereka mengatakan tidak ada manfaat kopi ketika datang ke kesihatan?

Ada banyak kajian yang menunjukkan minum beberapa cawan kopi sehari boleh baik untuk anda. Ini tidak hanya melindungi anda terhadap pelbagai penyakit serius, tetapi juga boleh membawa banyak kesenangan dalam hidup anda.

Rumusan:

  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s dan Demensia
  • Mengurangkan risiko penyakit batu empedu
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson’s
  • Tingkatkan prestasi Kognitif
  • Tambahan Analgesik –pembunuh rasa sakit.
  • Antidiabetes – mengurangkan diabetes kepada separuh.
  • Tonik perlindungan Hati -Kopi juga boleh mengurangkan timbulnya sirosis dari hati.
  • Anti Kanser
  • Anti penyakit kardiovaskular.
  • Gout.
  • Antioksidan.

Anda boleh menikamti khasiat dan kebaikan kopi DXN yang menawarkan berbagai citarasa kopi yang sesuai untuk anda dengan mudah dan selamat. Sila dapatkan maklumat dan produk daripada pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

PASTI ADA KOPI DXN YANG SESUAI DENGAN CITARASA ANDA…

Kopi lingzhi 3 in 1. Campuran kopi dan ekstrak lingzhi

Kopi Cordyceps. Campuran kopi dan ekstrak cordyceps

Kopi O Lingzhi. Kopi tanpa gula dengan ekstrak lingzhi.

Vitacafe: Kopi dengan 6 campuran beberapa ekstrak herba

Kopi 3 in 1 "LITE"

Campuran kopi dengan ekstrak Tongkat Ali

 

Posted in minuman kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

MONASCUS MENGAWAL PARAS KOLESTEROL


Beras Merah

 

MONASCUS merupakan produk bijirin beras yang telah ditapai dengan menggunakan yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus. Lazimnya, beras ini berwarna merah semulajadi. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai Beras Yis Merah atau Beras Merah. Monascus mengandungi 100 % beras yis merah.

Beras yis merah atau monascus adalah ubat tradisional yang telah disenaraikan di dalam Compendium of Materia Medica, sebuah buku Ubatan Tradisional Cina yang ditulis oleh Li Shi Zhen. Buku tersebut menerangkan kebaikan Monascus dalam meningkatkan pengaliran darah, membantu penghadaman dan merawat kesakitan abdomen. Kajian terbaru juga menemui bahawa ia membantu dalam mengawal tahap kolesterol darah. Selain daripada itu, kita juga boleh menemui banyak artikel tentang kebaikannya yang lain daripada laman web perubatan.

Monascus mengandungi pelbagai jenis sebatian aktif. Para saintis telah mengenalpasti bahawa Monakolin K, (sejenis potensi penghalang kepada HMG-CoA reductase atau sejenis lovastatin semulajadi) merupakan sejenis sebatian yang paling aktif di dalam Monascus di mana ia bertindak untuk menghalang sintesis kolesterol di dalam hati. Jadi, ia dapat mengawal tahap kolesterol dalam darah.

Monuscus bertindak membantu mengawal dan menggalakkan tahap kolesterol pada paras yang normal.

Monascus amat disyorkan kepada mereka yang berisiko menghidap kolesterol darah tinggi, termasuklah mereka yang obes, tidak mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, tertekan serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat (mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung) dan wanita yang putus haid (disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon).

Walaupun seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik, beliau mungkin mengalami kolesterol tinggi (lelaki berumur 45 tahun dan ke atas dan wanita yang berumur 55 tahun dan ke atas berada pada risiko kolesterol tinggi), anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil Monascus bagi memelihara dan mengawal tahap kolesterol darah yang normal.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik  amalkan 2 kapsul Monuscus, 2 kali sehari. Monascus DXN boleh diambil pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan.

Peringatan: Monascus tidak boleh diambil serentak dengan ubat pengurang kadar kolesterol yang dikenali sebagai penghalang HMG-CoA reductase (seperti statin, pravastatin dan sebagainya) kerana ia akan meninggikan kesan ubat yang boleh mengakibatkan dos berlebihan. Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya anda bercadang untuk menukar cara untuk mengawal tahap kolesterol anda.

Penagih arak dan mereka yang mengalami masalah hati atau pernah mengalaminya tidak digalakkan untuk mengambil Monascus.

Monascus Keluaran DXN.

Sila dapatkan maklumat lengkap tentang penggunaan MONASCUS daripada pengedar  DXN yang sah dan bertauliah atau dari pusat pengedaran produk DXN.

Harga pasaran:

1) Kapsul 30 : RM36.00

2) Kapsul 90: RM102.50

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment