SEHAT DAN SAKIT


Kesihatan adalah Anugerah Tuhan yang sangat berharga. Penjagaan kesihatan adalah hak dan tanggungjawab setiap individu. Apakah pegangan anda tentang kesihatan dan penyakit ? Untuk menikmati kehidupan yang sihat dan cergas kita perlulah menjaga  badan kita dengan baik dan badan kita akan menjaga kesihatan kita. Di sini lahirlah istilah “sebaik-baik doktor adalah badan kita sendiri”

Luka akibat Diabetes

Berbagai jenis penyakit sedia ada dan penyakit baru di zaman ini di antaranya penyakit jantung, diabetes, darah tinggi, strok, kanser, masalah buah pinggang  dan berbagai lagi adalah akibat ketidakseimbangan nutrisi dan kandungan toksin yang berlebihan di dalam badan.

Bagaimana penyakit-penyakit ini boleh menguasai diri kita? Mengapa peratusan mangsa penyakit-penyakit ini  terus meningkat ?. Tiada apakah tindakan pihak berwajib untuk mengawalnya.? Adalah lebih adil dan baik jika kita boleh memahami sedikit antara punca masalah kesihatan ini timbul.

Secara ringkas, di antara faktor penyumbang kepada kemerosotan kesihatan ialah:

1. Tahap sistem imun badan yang lemah mendedahkan badan kepada pelbagai serangan seperti kuman yang mengakibatkan penyakit.

2. Sistem aliran darah yang tidak lancar kerana saluran yang tersumbat oleh kesan kolestrol menyebabkan badan tidak dapat oksigen dan nutrien secukupnya.

3. Makanan dan minuman yang kita ambil tidak mengandungi bahan nutrien yang  mencukupi atau tidak seimbang disebabkan kebanyakan makanan ini terdiri dari bahan yang diproses yang kurang zat dan mengandungi berbagai bahan tambahan yang tidak sesuai atau merbahaya.

4.  Proses pencernaan yang tidak baik. Bahan-bahan buangan yang sepatutnya dikeluarkan tersimpan di dalam usus untuk jangka masa yang lama sehingga menjadi toksin.

5. Ketidak seimbangan atau penurunan paksi hormon secara semulajadi apabila usia meningkat menyebabkan berbagai masalah fizikal dan emosi.

6. Pendedahan kepada  kesan radikal bebas yang boleh mengakibatkan sel-sel badan rosak dan mengakibatkan gejala kanser, penyakit kardiovascular dan proses penuaan pra- matang.

7. Kurang prihatin tentang langkah-langkah penjagaan kesihatan seperti melakukan pemeriksaan kesihatan berkala, mengamalkan pemakanan sihat, dan sebagainya.

Kita sebenarnya boleh mengatasi semua masalah di atas dengan mengamalkan gaya hidup sehat dengan berfikiran positif, menjaga pemakanan, bersenam, mengurangkan tekanan dan berehat secukupnya serta mengambil pemakanan kesihatan yang sewajarnya.

Mengamalkan pemakanan kesihatan adalah penting walaupun ia memerlukan sedikit pelaburan kewangan. Kalau ini merupakan satu beban, cuba fikirkan bagaimana kita boleh menjaga dan menghias serta membuat servis kenderaan kita yang berharga dengan sebaik-baiknya serta mengikut jadual. Kesihatan kita tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, kerana ianya terlalu berharga. Adalah lebih baik kita melabur sedikit wang dan masa untuk mencegah dari masalah kesihatan, kerana mencegah lebih mudah dan murah dari mengubati.

Kami mengesyorkan Pemakanan kesihatan Herba semulajadi keluaran DXN Marketing Sdn. Bhd. Pemakanan kesihatan ini boleh bertindak mencegah, mengawal mengubati dan meningkatkan kesihatan ketahap optimum. Kaedah penjagaan kesihatan holistik ini melalui menggunakan GANODERMA melalaui beberapa fasa seperti berikut.

5 Fasa rawatan Holistik Ganoderma

1. Mengesan masalah penyakit-penyakit di dalam badan. Ada penyakit yang sedia diketahui dan  mungkin penyakit yang tidak disedari dari peringkat awal lagi.

2. Menyingkirkan toksin. Membuang toksin larut air dan toksin tidak larut air dari tubuh seperti asid urik, kolestrol,enapan lemak, enapan kalsium dan bahan-bahan kimia merbahaya melalui kaedah pepeluhan dan pembuangan najis, muntah, ruam dan bisul .

3.  Penyeimbangan fungsi tubuh. Ia merupakan proses memulihkan semula organ dan sistem tubuh yang lemah atau gagal berfungsi. Tindak balas badan akan berlaku menandakan keberkesanan rawatan.

4. Pemulihan fungsi tubuh. Ini adalah proses di mana bahagian tubuh yang mengalami luka atau sakit akan dipulihkan dengan memperkuatkan sistem imun badan, menguatkan keadaan fizikal, ketenangan fikiran dan daya tahan badan melawan penyakit. Ia turut menyediakan nutrien asas untuk memulihkan fungsi tubuh.

5. Awet muda. Di peringkat akhir rawatan holistik ini tubuh akan berfungsi pada tahap optimum dan menjadikan tubuh bertenaga, ketenangan mental dan wajah lebih ceria dan muda.

 

Myselium (GL)-DXN

Reishi Gano(RG)-DXN


Untuk maklumat lebih lanjut tentang pemakanan Kesihatan Ganoderma DXN, sila rujuk ke tajuk berkaitan dan dapatkan nasehat dari pengedar DXN yang ah dan bertauliah.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s