DXN: PENGENALAN DAN SEJARAH


DXN Berada Di Tangga Ke-40 Dunia

Baru-baru ini, DXN telah diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 40 teratas di seluruh dunia dalam ‘100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia’ oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat

Kejayaan ini menjadikan DXN antara syarikat ualan langsung yang amat disegani dalam industri jualan langsung. Kejayaan di peringkat global ini sesungguhnya amat  membanggakan kerana syarikat yang berasal dari Malaysia ini juga membuktikan pengurusan yang cekap dan strategi yang berkesan mampu menjadikan syarikat tempatan bersaing di peringkat global. DXN yang telah bertapak dengan kukuh menawarkan pelbagai produk berkualiti untuk Semua pengguna. Produk keluaran DXN merangkumi produk makanan kesihatan, produk makanan dan minuman, produk penjagaan kulit dan kosmetik, produk penjagaan diri, produk penjagaan rumah, dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003, DXN Holdings Berhad, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Pasaran Utama Bursa Malaysia). Penyenaraian ini sesungguhnya kejayaan yang amat membanggakan untuk DXN.

Dato' Dr Lim Siow Jin, Pengasas DXN

DXN memberi fokus dalam pengeluaran produk Ganoderma, semakin dikenali peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu. Syarikat yang bermula di Malaysia ini telah berkembang ke seluruh dunia dan telah menakluki 150 pasaran dengan lebih daripada 85% hasil syarikat dijana dari luar negara.

Pembukaan Pasaran Antarabangsa

Perkembangan DXN di pasaran global terbukti mantap apabila kumpulan ini mencatatkan keuntungan bersih melebihi RM28 juta pada tahun kewangan 2010. Rekod keuntungan ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sepanjang tempoh syarikat ini beroperasi. Pencapaian cemerlang ini sebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan kukuh pasaran antarabangsa terutamanya di Filipina, Mexico, India, dan UAE. Selain itu, usaha memasuki pasaran Eropah dan Amerika Latin juga telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan syarikat DXN sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1993 atas minat Dato’ Dr Lim Siow DXN Berada Di Tangga Ke-40 Dunia Jin yang mendalam terhadap kulat Lingzhi. Kulat Lingzhi ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan kesihatan manusia dan keinginan beliau untuk menarik minat lebih ramai orang terhadap khasiat herba ini, menjadi pendorong utama terhadap penubuhan perniagaan ini.

Ladang Ganoderma (Lingzhi)

Profesional Dan Pakar Dalam Penghasilan Produk Berasaskan Ganoderma

Sejak ditubuhkan, DXN merupakan syarikat jualan langsung tempatan yang menghasilkan produk berasaskan Ganoderma tanpa bergantung kepada kepakaran dan bantuan asing. Yang istimewa semua proses penanaman, pemprosesan dan pemasaran produk adalah diuruskan oleh DXN sendiri dengan kawalan kualiti yang ketat di bawah bimbingan Dato’ Dr Lim Siow Jin. DXN sentiasa memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terjamin.

Selain itu, Ladang Ganoderma DXN adalah antara ladang Ganoderma berintegrasi yang terbesar di dunia dengan keluasan 34 hektar. Ia juga merupakan ladang Ganoderma yang pertama mendapat pengiktirafan ISO 14001. Ladang ini mengamalkan cara  penanaman organik, dengan pengiktirafan Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Tiada sebarang racun perosak dan baja kimia digunakan pada semua peringkat penanaman untuk menghasilkan Ganoderma yang paling unggul.

Ganoderma yang telah matang akan dikutip dari ladang setiap tiga bulan dan dihiris untuk dijadikan ramuan dalam produk yang ditetapkan. Pada peringkat ini, Ganoderma yang siap dihiris akan melalui proses pengeringan sejuk beku.  Proses ini telah digunakan oleh DXN kerana ia mampu mengekalkan nilai khasiat Ganoderma tanpa merosakkan kandungan aktif semula jadinya.

Kelengkapan Infrastruktur Dan Anugerah Sijil Kecemerlangan

Pusat kajian dan pemprosesan produk DXN

Produk keluaran DXN adalah berasaskan Lingzhi atau nama saintifiknya Ganoderma lucidum. Produk DXN kini telah melebihi 100 jenis, jika dibandingkan dengan hanya empat produk pada awal 90-an, bagi memenuhi permintaan masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Antara produk yang terlaris dan paling disyorkan oleh DXN pastinya Reishi Gano (RG) dan Ganocelium (GL). Kedua-dua produk teras ini dihasilkan oleh kilang farmaseutikalnya sendiri yang berstatus GMP.

Pada awal penubuhan, DXN hanya sebuah syarikat tidak ternama, dengan pejabat yang serba sederhana. Namun di bawah pimpinan Dato’ Dr. Lim, DXN terus berkembang setiap tahun sehingga menjadi satu kumpulan berintegrasi yang merangkumi semua aspek seperti pemilikan ladang Ganoderma, tapak penyemaian dan pemeliharaan Spirulina serta kilang bersepadu dan rangkaian pemasaran tersendiri.

Kilang DXN yang serba canggih ini termasuklah kilang farmaseutikal, kilang kopi, dan yang terbaru kilang kosmetik. Lantaran kelengkapan infrastruktur yang dimiliki, DXN telah mendapat status GMP, TGA Australia dan pengiktirafan ISO 9001 bagi kilang farmaseutikalnya serta beberapa lagi sijil seperti ISO 14001 dan SOM bagi ladang Ganodermanya. Malah, makmal DXN turut mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 atas kepakaran dan operasinya yang memenuhi skop sistem pengurusan kualiti makmal. Semua pensijilan ini jelas membuktikan betapa komitednya DXN dalam menjalankan perniagaan berasaskan Ganoderma.

Produk Berstatus Halal Dan Pembangunan Perniagaan Berasaskan ‘Pendekatan-E’

Sijil halal produk

Sijil ISO 9001

Sijil Super Excelent Brand

Sijil Produk Organik

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Majoriti masyarakatnya menganut agama Islam. DXN sedar bahawa produk halal amat diperlukan oleh masyarakat Malaysia khasnya masyarakat Muslim di negara ini. Oleh sebab itulah, produk DXN dari awal lagi telah mendapat status Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan adanya status Halal, produk DXN bukan saja berjaya menembusi pasaran masyarakat Islam, malah turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat bukan Islam. DXN yakin, permintaan terhadap produk halal akan menjadi satu trend pada masa akan datang.

Sehingga kini, DXN mempunyai lapan cawangan pemasaran bagi melayani kira-kira 300,000 pengedar di seluruh Malaysia. Jika kita melihat kepada angka pertumbuhan bilangan pengedar pada tahun-tahun lepas, DXN amat optimis dan mensasarkan 10% peningkatan jumlah pengedarnya. Bagi menampung bilangan pengedar yang semakin meningkat, DXN mengaplikasikan ‘pendekatan-e’ dalam cara perniagaannya. Pendekatan ini adalah amat penting dan strategik untuk pembangunan DXN dan juga para pengedar DXN. Dengan adanya pendekatan-e, ruang untuk mengurangkan kos transaksi, meningkatkan produktiviti, memperbaik mutu khidmat pelanggan dan jualan serta mengembangkan peluang perniagaan adalah amat luas.

Tiga Konsep Eka Jamin Kejayaan Berterusan

Kompleks kilang DXN

Sebagai salah satu peneraju dalam industri MLM, DXN sentiasa berpegang teguh kepada konsep ‘Eka Naga, Eka Pasaran, Eka Minda’ dalam operasi perniagaan. Dalam konteks ‘Eka Naga’, DXN menghasilkan Ganoderma tanpa bergantung kepada bantuan asing. Setiap peringkat – dari penanaman, pemprosesan hingga pemasaran produk – diurus oleh DXN sendiri dengan kawalan ketat. Dengan cara ini, DXN bukan saja mampu mengawal kos bagi produk yang dihasilkan, malah kualiti produk turut terjamin.

Usahawan DXN ” Satu Minda”

Selain itu, setiap warga DXN turut berpegang terhadap konsep ‘Eka Minda’, iaitu kita perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam mencapai sasaran. Apabila berdepan dengan rintangan atau tekanan, kita mesti menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kebijaksanaan.

Dalam konteks membimbing para pekerja, DXN bersikap terbuka dan meyakini kebolehan dan memberi peluang kepada semua pekerja untuk mencungkil bakat dan membuktikan kebolehan mereka. Peluang sentiasa diberikan kepada pekerja untuk menggunakan bakat mereka dan disesuaikan dengan kehendak dan operasi syarikat.

Konsep Satu Dunia Satu Pasaran

DXN sahaja mengamalkan Konsep 1 keahlian untuk seluruh dunia

Bagi pelan pemasarannya pula, DXN merupakan syarikat pertama yang melancarkan konsep jualan ‘Satu Dunia, Satu Pasaran’. Di bawah konsep ini, pengedar dari mana-mana negara layak menaja sesiapa sahaja sebagai pengedar baru dan pengedar baru tersebut akan menjadi talian bawahan langsungnya, walaupun mereka berlainan warganegara.

Berpegang teguh kepada konsep ‘Satu Dunia, Satu Pasaran’, DXN memperakui keahlian dan jualan seseorang pengedar tanpa mengira kerakyatannya. Ini bermaksud para pengedar boleh menikmati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan hanya satu kad keahlian.

Pembukaan Pasaran Yang Lebih Luas

DXn di 150 negara

Bagi tahun 2011, DXN akan terus memberi tumpuan penuh bagi mengembangkan pasaran perniagaan MLM di seluruh dunia, terutamanya di benua Eropah dan Amerika Latin. Tekad dan usaha DXN selama ini telah menampakkan hasil yang begitu positif. Usaha ini terserlah khasnya di Hungary dan Mexico. Sebagai pengusaha aktif di pasaran global, DXN akan terus cuba menembusi pasaran baru. Demi membina platform global yang teguh kepada pengedar sedunia, DXN akan terus meningkatkan kemampuan syarikat dalam pendekatan pemasaran dan latihan, penggunaan teknologi maklumat di samping mengamalkan komunikasi terbuka. DXN yakin bahawa perkembangan positif ini akan terus menular dan DXN sentiasa bersedia berkongsi rahsia kejayaan dan kesihatan bersama-sama anda.

Aktiviti usahawan DXN di seluruh dunia

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MAJU JAYA BERSAMA DXN GLOBAL.

Sebahagian daripada Usahawan pencapai tertinggi Global DXN mengalu-alukan kehadiran anda sebagai Usahan DXN


C.A Mr. Budiman Salim, Indonesia.

C.A Drs Vasupalliah- India

C.A Mr Nestor Ymbong- Filipina

TCD Mr Lee Gee Kow- Malaysia

ESCD Mr Fatemi Ghani-Gulf

C.D - Europe

Sebahagian Usahawan Global DXN
Artikel ini petikan dari majalah Networker- Feb 2011.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in DXN Marketing Sdn. Bhd. and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s