HABBATUS SAUDA- HERBA PILIHAN ISLAM


 

Nabi Muhammmad S.A.W. Bersabda “tetaplah kamu dengan habbatus-Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati” Riwayat Imam Bukhari.

Bagaimanakah kita boleh menidakkan atau mengabaikan sejenis herba kesihatan yang telah diakui sendiri oleh Junjungan besar Umat Islam sebagai herba yang boleh menyembuhkan penyakit dan menyihatkan badan.

Al Habbatus Sauda sangat dikenali di kalangan Umat Islam. Ia juga dikenali sebagai Habbatul Barokah bererti “biji hitam yang direstui”.

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan tahunan yang berseri dengan bunga-bunga yang berwarna biru kelabu. Asalnya tumbuh liar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di halaman rumah.

Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya: Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa.

Bunga Habbatus Sauda

Beberapa kegunaan tradisional Habbatus Sauda ialah melegakan athma, masalah kerongkong dan penyakit sengal-sengal, meningkatkan sistem imunisasi, mengawal sistem hormon, meningkatkan sistem peredaran darah, sistem penghadaman dan untuk kesihatan badan secara menyeluruh.

Dalam kitab perubatan Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda boleh mengubati 50 macam penyakit tanpa sebarang kesan sampingan.

Suatu ulasan ilmu kedoktoran melalui beberapa kajian ilmiah menunjukkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati radang tenggorok, arthritis dan bengkak sendi.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala /migrain.
  • Aktiviti merangsang hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu ibu.
  • Antiseptik, mencegah bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan selsema.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan jeragat muka.
  • Urinary tract, mengubati saluran kencing dan batu ginjal.
  • Anti histamine mengubati masalah alergik / alahan
  • Sistem imunisasi, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem pengedaran, meningkatkan kinerji jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas /asthma.
  • Anti toksin dan anti oksidan yang baik.

BLACK CUMIN PLUS keluaran DXN

 

DXN Marketing mengeluar dan mengedarkan herba tradisional Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul dinamakan Black Cumin Plus.

Sila dapatkan maklumat tentang produk BLACK CUMIN PLUS dari cawangan atau stokis DXN atau pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

Harga Pasaran:

1) Kapsul 30: RM36.00

2)Kapsul 90: RM97.50

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in makanan kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s