LINGZHI: KHASIAT DAN RAHSIA “RAJA HERBA”


kebaikan Reishigano dan myselium

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu mengenai Lingzhi, atau lebih dikenali sebagai Ganoderma lucidum. Cendawan herba yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Cina ini mengandungi khasiat dan rahsianya yang cukup baik dalam dunia perubatan, tetapi sayangnya makin hari dunia hanya melihat pada perubatan konvensional dari Barat. Jadi di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan saya sendiri, insyaAllah.

Cendawan secara umumnya mampu meningkatkan sistem immun seseorang. Sistem immun sangat penting sebagai pertahanan badan terhadap penyakit, yang dibawa oleh bakteria, virus dan bahan asing. Secara umumnya, Ganoderma lucidum mengandungi 4 bahan aktif yang sangat membantu dalam penyembuhan, iaitu polysaccharides, organic germanium, superoxide dismutase (SOD) dan juga triterpenes.
http://www.medscape.com/medline/abstract/15544548

Polysaccharides daripada Ganoderma lucidum berkesan dalam mengurangkan kolesterol berbahaya. Ianya mempunyai kesan immuno-modulation, mengawal sistem immune, di mana polysaccharides ini mampu mengaktifkan pembahagian (proliferation) splenic mononuclear cells (MNCs) dan penghasilan cytokines. Bahan ini didapati juga berkesan terhadap kanser.
http://www.medscape.com/medline/abstract/16169168
http://www.medscape.com/medline/abstract/16323548
http://www.medscape.com/medline/abstract/18222673
http://www.medscape.com/medline/abstract/16117607

Germanium merupakan bahan mineral yang digunakan sebagai semiconductor. Dr. Asai mendapati bahan ini terdapat di dalam tumbuhan dan mempunyai kesan yang baik dalam penyembuhan. Organic germanium mampu meningkatkan pembekalan oksigen di dalam badan. Ia melekat dengan mudah kepada hidrogen (dehydrogenate), mengurangkan keasidan darah dan oksigen akan bebas tanpa perlu melekat pada hidrogen. Kebanyakan penyakit pada badan kita secara tidak langsung adalah disebabkan kekurangan oksigen, dimana darah menjadi bersifat asid (hidrogen tinggi), kadang kala juga di katakan sebagai ‘stress’. Jadi apabila pemakanan diambil dengan seimbang, dan oksigen yang mencukupi, secara tidak langsung memberi kesan penyembuhan yang baik.
http://www.organicgermanium.net/images/dr_asai_book.pdf(rujuk muka 17 dan 19)

Bahan aktif ketiga iaitu superoxide dismutase (SOD) merupakan sejenis enzim yang bertindak sebagai antioxidant dan anti-inflammatory. Ianya meneutralkan free-radical yang secara tidak langsung bertindak dalam melambatkan proses penuaan (anti-aging). SOD terdapat pada lapisan dermis dan epidermis, dan penting dalam penghasilan fibroblast yang baik (skin-building cells).
http://www.vitaminstuff.com/superoxide-dismutase.html

Triterpenes, yang juga dikenali sebagai asid Lingzhi mempunyai aktiviti cytoxic yang bertindak sebagai agen anti-kanser. Bahan ini tidak membunuh sel-sel yang normal seperti yang di laporkan oleh Kolej Perubatan, National Taiwan Univercity. Triterpenes memanjangkan fasa G2 dalam kitaran sel dan menghentikan pembesaran sel tumor, seperti Hep G2,P-388 dan LLC (Lewis Lung Carcinoma), serta HIV-1 protease.
http://www.medscape.com/medline/abstract/11520245
http://www.medscape.com/medline/abstract/12639703
http://www.medscape.com/medline/abstract/10923835
http://www.medscape.com/medline/abstract/9810695

Berdasarkan sedikit penerangan saya di atas, dapat kita simpulkan bahawa Ganoderma lucidum (Lingzhi) mampu meningkatkan sistem immun badan, menyahtoksik, mengurangkan radikal bebas yang secara tidak langsung melambatkan proses penuaan. Malah, kesan yang sangat bagus iaitu sebagai agen anti-kanser.

Pembacaan saya dari sebuah buku mendapati, bidang perubatan Jepun telah mengesahkan Ganoderma positif kepada penyakit cardiovascular, darah tinggi mahupun rendah, hepatitis, sembelit, senggugut, penyakit puan, gastric ulcer dan pelbagai lagi. Kebanyakannya yang melibatkan pengaliran darah iaitu kesan hemocatharsis yang menolong organ-organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Penggunaannya yang begitu lama menunjukkan bahawa Ganoderma lucidum tidak mempunyai kesan sampingan yang berbahaya seperti sesetengah herba. John Chen dan Tina Chen dalam bukunya Chinese Medical Herbology and Pharmacology turut mengatakan bahawa Lingzhi mampu meningkatkan Qi dan menguatkan badan. Sesetengah orang juga menganggap Lingzhi sebagai ubat memanjangkan umur. Pengambilan yang berterusan dapat mencegah seseorang daripada penyakit berbahaya.
http://www.reishi.com/News/LingZhi.pdf

Jika kita lihat kembali, betapa besarnya ciptaan Allah, walaupun hanya cendawan yang tampak biasa di mata, tetapi kesannya sangat bermanfaat kepada manusia, tidak boleh dibandingkan dengan ciptaan manusia sendiri.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca. Marilah kita mencegah sebelum sakit, insyaAllah.

Artikal ini ditulis oleh: Shabih Alqamar

Ganoderma (RG) keluaran DXN

Mycelium (GL) keluaran DXN

Serbuk Ganoderma

 

 

 

 

 

 

Amalkan Makanan Kesihatan Lengkap berasaskan Ganoderma keluaran DXN. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan penerangan lengkap tentang penggunaan Ganoderma lucidum DXN Marketing Sdn Bhd daripada pengedar yang sah dan bertauliah.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in makanan kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s