KOLESTEROL


saluran darah dipenuhi kolesterol

Kolesterol adalah bahan lembut dan melekit yang terdapat secara semulajadi dalam darah serta semua sel tubuh badan. Ia penting untuk menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D.

Hati menghasilkan sebahagian besar kolesterol iaitu kira-kira 80 % jumlahnya. Sumber dari luar kolesterol adalah makanan terutama yang berasaskan haiwan. Sebahagian makanan yang tidak berasaskan haiwan juga mungkin mengandungi lemak trans yang menyebabkan badan kita menghasilkan lebih banyak kolesterol. makanan yang mengandungi lemak tepu juga akan meningkatkan paras kolesterol.

Kolesterol dn lemak lain ( dikenali sebagai lipid ) tidak larut di dalam darah, oleh itu ia dihantar dari satu sel ke satu sel yang lain menerusi satu sistem angkut yang dinakan lipoprotein.

Lipoprotein ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu:

Lipoprotein berketumpatan rendah – LDL. Ia mempunyai reputasi sebagai kolesterol jahat kerana ia membolehkan menggenapkan kolesterol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri, serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Lipoprotein berketumpatan tinggi – HDL.  Ia dikenali sebagai kolesterol baik yang akan membawa kolesterol di dalam darah kembali ke hati dan kemudian memproses dan mengeluarkannya dari tubuh.

Trigliserida – Ia dihasilkan oleh badan dan juga datang dari makanan. Di samping menyimpan tenaga, trigliserida akan bertukar menjadi Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL & VLDL )

Kadar Trigliserida yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca risiko berasingan bagi penyakit arteri koronari. Orang yang mempunyai paras trigliserida yang tinggi selalunya mempunyai paras kolesterol keseluruhan yang tinggi, iaitu paras LDL yang tinggi dn paras HDL yang rendah.

Faktor penyebab.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan paras kolesterol menjadi tinggi, antaranya tabiat makan tidak sihat, kurang bersenam, berat badan berlebihan, darah tinggi, diabetes, merokok dan sejarah keluarga.

Kolesterol dan jantung anda.

Istilah paras kolesterol darah yang tinggi ialah hiperkolesterolemia. Apabila paras kolesterol menjadi terlalu tinggi, plak akan terbentuk di dinding-dinding arteri. Plak ini akan manyempitkan arteri dan menyekat bekalan darah. Proses ini dinamakan ateroslerosis.

Apabila plak didinding arteri ini pecah, ia akan menjadi ketulan darah beku yang boleh menyekat aliran darah ke jantung dan menyebabkan terjadinya serangan jantung.

Kentang goreng dan Burger

Turunkan paras kolesterol.

1. Amalkan tabiat makan yang sihat.

>  Elakan pengambilan emak trans. ia biasanya terdapat di dalam makanan berproses seperti snek dan kentang goreng.

> Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan berkolesterol tinggi yang biasa terdapat pada haiwan termasuk bahan dan produk tenusu. Santan kelapa juga mengandungi lemak tepu yang tinggi.

2. Bersenam sekurang-kurangnya untuk 45 minit, 3 kali seminggu.

3. Kekalkan berat badan yang seimbang.

4. Berhanti merokok. perbuatan ini akan menurunkan paras HDL dan meningkatkan serta menyebabkan aterosklerosis bertambah teruk.

Buah-buahan dan kekacang

4. Tingkatkan pengambilan serat. Amalkan memakan kombinasi serat larut dan tidak larut dengan membanyakkan  serat larut terutama beta glucan yang banyak terdapat di dalam oat, barli dan sesetengah buahan seterti epal.

Anda dicadangkan untuk mengamalkan MONUSCUS keluaran DXN Marketing Sdn. BHD. untuk mengurang dan mengawal paras kolesterol di dalam badan supaya terus sihat dan ceria sepanjang masa. Sila rujuk Artikel  bertajuk : MONASCUS.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in makanan kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s