MENGKUDU: BUAH HERBA KESIHATAN.


Buah mengkudu

Mengkudu dikenali juga sebagai (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia). Buah mengkudu dikenali dengan nama yang berlainan mengikut negara. Contohnya “Noni” (Hawaii, Polynesia); “Indian Mulberry” (India); “Painkiller tree” (Kepulauan Caribbean); “Nhau” (Sebahagian di Asia Tenggara); “Cheesefruit” (Australia); dan “Bumbo” di (Afrika).

 

Mengkudu adalah buahan herba yang boleh dijadikan jus minuman. Buah mengkudu yang masak boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.

Menurut Neil Solomon, MD.PhD, peneliti masalah kesehatan dari Amerika melaporkan bahwa buah Mengkudu mengandung sejenis fitonutrien, yaitu scopoletin yang berfungsi untuk memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan. Hal ini menyebabkan jantung tidak perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darah, sehingga tekanan darah menjadi normal.

Mengkudu mengandungi bahan “xeronine”.

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia dari University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid “proxeronine” dalam buah mengkudu ketika mengkaji enzime “bromelin” dalam buah nenas. Kandungan “proxeronine” dalam buah mengkudu adalah 800 kali lebih tinggi berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.

Kesimpulannya, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus “xeronine” yang dipanggil sebagai “proxeronine” di samping terdapat enzim yang membantu “proxeronine” membentuk “xeronine”.

Kepentingan xeronine :

  • Xeronine adalah salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
  • Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil – sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
  • Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
  • Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan yang membantu melambatkan proses penuaan.
  • Buah mengkudu boleh membaiki dan memulihkan sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.

Khasiat Buah Mengkudu:

  • Menstabilkan tekanan darah dan paras kolestrol di dalam badan.
  • Mengurangkan gangguan penyakit – kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid
  • Mencegah dan memusnahkan pertumbuhan sel kanser dan tumor
  • Sistem pernafasan – resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, dan sakit tekak.
  • Gangguan penghadaman – perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, makanan tidak hadam, buasir, keracunan makanan.
  • Mulut dan Tekak – radang tekak  dan sakit gusi.
  • Sakit tulang dan sendi – terseliuh dan gout
  • Penyakit kulit – bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit
  • Sakit puan – senggugut, gangguan haid.  Bagi wanita yang baru lepas bersalin, jus  mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.
  • Bahan awet muda -memulihkan kesan umum penuaan.
  • membantu menghilangkan ketagihan rokok
  • Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita
  • Meningkatkan tenaga.
  • Mengurangkan tekanan (stress)
  • Bahan Anti-oksidan.

Nota:

Buah mengkudu boleh membantu mengurangkan atau meredakan penyakit diatas dan bukannya menjamin menghilangkan semua penyakit. Ini adalah kerana tiada kajian saintifik keatas semua penyakit tersebut yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana badan didunia.

Keberkesanannya penggunaan mengkudu bergantung kepada tindak-balas badan setiap individu dan jangka masa seseorang telah menghadapi penyakitnya. Untuk penyakit yang kronik atau sudah lama, ia mungkin mengambil masa lebih panjang untuk sembuh. Oleh itu, amalan yang berterusan dan kesabaran adalah diperlukan untuk mendapatkan hasil kebaikan mengkudu.

** DXN mengeluarkan Jus semulajadi buah mengkudu dinamakan MORINZHI dan MORIMZIME yang sangat baik untuk kesihatan dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

 

 

 HargaPasaran:1) Morinzhi:RM44.00

2)Morinzyme:RM44.00

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in minuman kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s