ENZIM DAN CUKA BUAH-BUAHAN-DXN


Enzim merupakan sejenis protein kompleks yang terdapat di dalam semua benda hidup. Justeru itu, tubuh manusia turut terdapat beberapa jenis enzim yang memainkan peranan yang tertentu untuk melancarkan fungsi badan kita. Enzim bertindak sebagai pemangkin dan ia sangat penting untuk fungsi biokimia harian seperti penghadaman, penyerapan dan penggangkutan nutrien,, metabolisma, penyingkiran sisa dan sebagainya.

KEKURANGAN ENZIM

Lazimnya, enzim terhasil secara semulajadi oleh badan manusia dan ia juga boleh disepar melalui pengambilan makanan haian. Walau bagaimanapun, kandungan enzim dalam tubuh manusia akan semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan umur. Sifat enzim yang sangat sensitif terhadap haba menyebabkan ia mudah musnahsemasa makanan dimasak atau dididihkan. Selain itu, persekitaran yang tercemar, diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat turut menjadi faktor yang menyebabkan kandungan enzim dalam badan semakin berkurangan. Kekurangan enzim akan menyebabkan ketidak sempurnaan proses pencernaan yang akan menyebabkan pengumpulan toksin terkumpul di dalam badan. Ini akan menjejaskan fungsi biokimia dan menyebabkan kulit kurang berseri.sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan begitu sajaha, ia akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

ENZIM BUAH-BUAHAN DXN

Enzim buah-buahan DXN dihasilkan melalui proses penapaian semulajadi buah pic dan plum. Ia tidak mengandungi sebarang bahan pengawet , bahan tambahan, pewarna sintetik dan perisa tiruan. Pic dan plum merupakan sumber vitamin C dan serat makanan yang paling baik. Ia mengandungi antioksida yang boleh meneutralkan radikal bebas agar dapat melambatkan proses penuaan. Tambahan pula enzim buah-buahan DXN membantu dalam proses penyerapan dan pengagihan nutrisi dalam badan. Enzim buah-buahan DXN juga mampu menjadikan kulit lebih sihat sekiranya diambil secara berterusan kerana ia penuh dengan khasiat ekstrak pic dan plum yang telah ditapai. Untuk kesan yang optimum, kita dinasihatkan mengambilnya bersama Cuka Buah-Buahan DXN

CUKA BUAH-BUAHAN

Sejak sekian lama, kepelbagaian kebaikan cuka telah diketahui umum. Masyarakat Asia dan Eropah menggunakannya dalam masakan , minuman, perubatan dan sebagainya. Mengikut Sejarah Islam, cuka merupakan salah satu daripada empat jenis perisa kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. dan Baginda mengelarkannya “bahan perisa yang suci”. Kini, lebih banyak kebaikan cuka untuk kesihatan manusia telah ditemui dan digunakan dalam berbagai cara.

Sekarang ini, ramai di kalangan kita yang mengalami tekanan kerja maupun belajar, persekitaran yang tercemar dan gaya hidup yang tidak sehat seperti tidur lewat, merokok dan pengambilan alkohol. Semua sebab ini menyebabkan peningkatan tahap keasidan badan. Ini ditambah pula dengan pengambilan makanan berasid seperti daging , minuman ringan bergas dan makanan bernutrisi rendah secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan sembelit. Toksin yang terkumpul di dalam badan dan tahap asid yang tinggi akan melemahkan sistem tubuh badan dan mendatangkan bahaya.

CUKA BUAH-BUAHAN DXN

Cuka buah-buahan DXN dihasilkan melalui proses penapaian buah pic dan plum. Minuman berkhasiat ini bebas daripada bahan pewarna, perisaa tiruan dan bahan kimia. Ia mempunyai ciri-ciri cuka yang membantu meyeimbangkan serta meneutralkan tahap asid dalam badan. Buah pic dan plum yang kaya dengan vitamin C dan serat diet membantu melancarkan sistem pencernaan dan menyelesaikan masalah sembelit. Nutrien buaha-buahan yang telah ditapai lebih mudah diserap oleh badan. Cuka buahan DXN turut melicinkan pergerakan usus dengan ekstrak nutrien yang terkandung di dalamnya. Ia berfungsi secara sinergi dengan Monascus yang telah ditambah untuk mengawal sistem dalaman badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Ia sesuai dihidangkan bersama enzim buah-buahan DXN. Dapatkan ia segera dan nikmatilah manfaat kesihatan yang menakjubkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in makanan kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s