Panduan memilih produk herba


hempedu bumi atau akar cerita- sejenis tanaman herba Kaedah perubatan menggunakan bahan herba  adalah satu kaedah yang  sudah beribu tahun diamalkan. Di berbagai tempat di dunia, perubatan menggunakan tanaman herba berkhasiat banyak digunakan dan menjadi satu cara pengubatan umum.  Meskipun hanya sebagian kecil dari tanaman yang telah diteliti ada manfaat perubatannya, perubatan moden juga tidak ketinggalan secara teratur  menggunakan produk-produk yang berasas dari tanaman atau hasil tanaman.

Selain menggunakan secara langsung bagian-bagian tanaman herba untuk pengubatan bahagian luaran ataupun pengubatan dalaman samada dimakan atau diminum dengan tujuan untuk menyembuhkan suatu penyakit, ada juga bahan herba yang digunakan untuk tujuan kecantikan wajah dan tubuh badan. Ubat –ubat herba  telah menjadi terkenal sekarang ini dengan berbagai pengusaha menyediak berbagai bahan herba dalam berbagai bentuk seperti  bentuk racikan atau ramuan siap pakai, bahan minuman dan sebagainya.

Peningkatan penggunaan ubat dari tanaman berkhasiat akhir-akhir ini menunjukan bahwa pengubatan ini semakin dipercaya akan manfaatnya, selain itu, kegagalan penggunaan ubat moden untuk penyakit tertentu di antaranya diabetes, darah tinggi dan kanser  menyebabkan ramai orang dari seluruh dunia beralih untuk menggunakan bahan herba sebagai ubat.

Penggunaan ubat herba secara umum dinilai lebih baik dan selesa  daripada penggunaan ubat moden. Ini kerana bahan herba memiliki efek sampingan  yang relatif lebih sedikit dari pada ubat moden.  Walaubagaimanapun,  jika digunakan secara berlebihan atau dicampurkan dengan bahan yang tidak bersesuaian boleh menimbulkan kesan sampingan  yang merugikan diri.

Bahan herba kesihatan juga boleh berinteraksi dan membantu jika diamalkan bersama dengan dengan ubat-ubatan moden namun  perlu berhati-hati bila menggabungkan bahan herba dengan ubatan yang diberikan oleh doktor. Dapatkan nasehat doktor atau oranng berkelayakan terlebih dahulu jika anda memutuskan untuk menggunakan pengubatan herba untuk melengkapi pengubatan anda.

Beberapa hal berikut mungkin akan membantu ketika memilih produk ubatan herbaldi pasaran:

  • Penjual atau pemilik premis perubatan herba belum tentu seorang yang mahir tentang herba. Ramai mereka ini yang tidak mempunyai ilmu dan kemahiran ilmiah dalam bidang perubatan herba. Carilah maklumat dan dapatkan nasehat dari ahli yang ada ilmu dan kemahiran dalam bidang herba yang tertentu sebelum mengamalkannya.
  • Kenali pengeluar herba yang anda perlukan. Dapatkan maklumat pengeluar dan pilihlah produk herba yang dikeluarkan oleh pengeluar yang besar dan terkenal serta memiliki pensijilan yang diikhtiraf. Sebaiknya herba yang anda mahu amalkan perlulah telah menjalani kajian klinikal pihak bebas dan disahkan di peringkat antarabangsa. Jauhi produk yang dikeluarkan oleh pengeluar, pengilang atau di edarkan oleh pengedar yang meragukan.
  • Periksa label produk herba. Bacalah label pada bungkusan produk dengan teliti seperti  kandungan bahan-bahan herba, tarikh pengilangan, doses yang perlu diambil, tarikh tamat tampoh produk, kesan sampingan (jika ada), jaminan insuran (sekiranya ada) dan kelulusan pihak berkuasa untuk mempastikan anda menggunakan herba yang betul dan baik.
  • Berhati-hati terhadap janji kebaikan dan kuasa penyembuhan produk. Ramai peniaga yang memberikan bukti-bukti, testimoni dan janji kebaikan dan kuasa penyembuhan produk sehingga produk tersebut adalah “produk terlalu baik.” Dapatkan pengesahan dari rakan-rakan atau pemilik testimoni dan jangan percaya seratus peratus kepada si penjual.
  • Amalkan produk herba dengan betul dan tepat. Setiap produk herba mempunyai fungsi dan tugas berlainan serta memerlukan jumlah yang tertentu untuk diambil untuk memberikan kesan baik. Ambillah mengikut doses yang disyorkan dan ikutilah nasehat pada lebel produk untuk mendapatkan manfaat produk yang diamalkan.
  • Banyak bahan mengurangkan kemujaraban. Ada produk herba yang mencampurkan 6 hingga 10 atau lebih lagi!!! bahan dalam satu ramuan. Bunyinya hebat tetapi jika anda mengambil produk herba yang mengandungi banyak kombinasi bahan, setiap bahan akan mengandungi kandungan yang terlalu sedikit sehingga tidak memberikan kesan penyembuhan yang diharapkan. Carilah beberapa jenis produk jika anda perlukan bahan herba untuk tugas yang berbeza. Seperkara yang perlu diambil perhatian ialah penggunaan bahan larangan di dalam bahan herba oleh pengilang dan pengeluar tidak bertanggungjawab untuk memberikan kesan segera kepada anda. Jauhilah produk yang meragukan kerana ia akan lebih merosakkan kesihatan anda untuk jangka masa panjang.
  • Gunakan doses yang tepat. Jangan ambil doses yang lebih tinggi dari yang tercatat di label. Penggunaan melebihi doses yang dirsyorkan boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan ubat herba tidak boleh diberikan kepada anak-anak di bawah usia satu tahun kecuali dibenarkan oleh orang yang berpengalaman. Akanak-kanak berumur 1-6 tahun biasanya diberikan sepertiga doses orang dewasa sementara anak-anak usia 6-12 menerima setengah doses orang dewasa. Warga emas berumur 65 tahun ke atas mungkin perlu untuk mengurangkan doses juga.
  • Perhatikan kesan rawatan dan kesan samping bahan herba. Jika anda mengalami kesan-kesan rawatan yang tidak biasa anda alami sebelum mengamalkan sesuatu bahan herba, silalah dapatkan maklumat dan nasehat dan peniaga atau pihak pengeluar produk. Jangan biarkan ianya berpanjangan tanpa mengetahui sebab kepada kesan rawatan tersebut. Jika anda tidak mendapat penjelasan yang memuaskan, berhentilah mengamalkan produk herba tersebut.
  • Beri waktu untuk bekerja. Berikan sedikit masa untuk produk herba yang diamalkan untuk bertindak kepada badan anda. Ini biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan ( 30 hari ). Sementara itu perhatikan kesan positif dan negetif yang boleh anda rasakan setelah mengamalkan produk tersebut. Jika tiada perkembangan positif, berhentilah menggunakan produk herba tersebut.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in herba, kesihatan and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s