CENDAWAN- RAHSIA KHASIAT PERUBATAN


Cendawan pada hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, iron, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa boleh menafikan kekuatan cendawan.

Cendawan mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam dunia perubatan tradisional China. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik baru-baru ini juga menguatkan lagi legasi cendawan dalam mempromosi kesihatan yang lebih baik.

Dalam kajian yang dijalankan, mereka menyifatkan cendawan sebagai probiotik – iaitu cendawan membantu tubuh manusia menjadi lebih kuat secara semulajadi. Cendawan juga mengembalikan keseimbangan dan rintangan tubuh badan untuk melawan penyakit.

Terdapat berbagai jenis cendawan di seluruh dunia, malah ada yang mendakwa tumbuhan ini mencecah 14,000 lebih jenis. Bagaimanapun hanya sekitar 2000 lebih sahaja yang boleh dimakan memandangkan banyak jenis cendawan yang mengandungi racun.

Daripada jumlah itu hanya sekirat 600 jenis sahaja yang mempunyai manfaat kepada dunia perubatan atau baik untuk kesihatan tubuh manusia. Penyelidik telah mengenalpasti antara cendawan yang mempunyai nutrisi paling baik termasuklah Reishi, Shiitake dan Maitake.

REISHI (LINGZHI).

Cendawan ini lebih dikenali dengan nama Lingzhi kerana ia kerap digunakan sebagai salah satu bahan terpenting dalam perubatan tradisional masyarakat Cina. Reishi berperanan sebagai sumber bahan yang menguatkan sistem imun badan. Dalam bidang perubatan tradisional, cendawan digunakan untuk mencegah dan merawat masalah yang berkaitan dengan aliran darah, tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah, alahan dan kanser.

Cendawan lingzhi juga berkesan untuk membantu menentang penyakit lain seperti penyakit berkaitan hati, buasir, penyakit jangkitan dan obesiti.

Satu keistimewaan utama cendawan lingzhi atau nama saintifiknya Ganoderma Lucidum ini ialah ia boleh membersihkan darah daripada toksin.

SHIITAKE.

Ia merupakan satu lagi cendawan yang mempunyai rahsia tersendiri dalam bidang perubatan. Shiitake didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.

Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.

Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Ia berita baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.

MAITAKE.

Cendawan ini dikatakan paling baik melawan kanser. Ini kerana Maitake mengandungi grifolan sejenis bhan beta-glucan polysaccharide. Grifolan telah terbukti dapat meningkatkan sistem imun tubuh.

Menurut pengkaji Jepun Hiroaki nanba dan Keito Kubo, penulis kepada buku Mushroom Biology and Mushroom Products, pesakit yang mengidap penyakit diabetes jenis 2 juga boleh mendapat manfaat dari pengambilan cendawan Maitake.

Penyelidik merumuskan cendawan Maitake boleh merendahkan rintangan insulin sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap insulin. X-fraction muncul sebagai bahan aktif yang bermanfaat untuk melawan diabetes.

Selaian itu, ramai pengamal perubatan di Jepun juga dipercayai menggunakan cendawan untuk merendahkan tekanan darah dan lemak darah- dua punca utama yang menyebabkan penyakit jantung.

Catatan:  DXN Marketing Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menanam, memproses dan memasarkan produk makanan kesihatan berasaskan Lingzhi di Malaysia dan 160 negara lain. Untuk mendapatkan maklumat kaedah pemakanan kesihatan lingzhi, sila hubungi kami atau pengedar-pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in herba, makanan kesihatan, Sehat & Ceria and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s