SISTEM PENCERNAAN MAKANAN


“Kita adalah apa yang kita makan”. Kita makan kira-kira 1 kilogram sehari untuk menjana tenaga supaya kita dapat melakukan aktiviti harian dan ia juga membantu untuk memperbaiki tisu dan organ kita yang lemah. Walaubagaimanapun, semua makanan yang kita ambil harus diuraikan kepada molekul-molekul kecil agar ia dapat digunakan oleh badan kita.

Proses penghadaman ialah proses di mana makanan yang kita makan menjadi bentuk yang boleh diserap oleh badan kita. Organ-organ yang terlibat dalam proses penghadaman ini adalah mulut, esofagus, usus besar, usus kecil, pundi hempedu, pankreas dan hati. Penghadaman termasuk proses mekanikal iaitu mengunyah dan mengisar makanan dengan menggunakan gigi dan tindakbalas kimia oleh enzim, asid gastrik dan asid hempedu

Masalah Sistem Penghadaman

Terdapat pelbagai masalah sistem penghadaman.
Contohnya seperti di bawah:

Ulser Perut

Ulser perut merupakan satu keadaan di mana selaput dalaman perut mengalami luka. Luka tersebut merupakan kerosakan yang terhasil daripada asid hidroklorik dan pepsin. Faktor lain yang menyebabkan ulser perut adalah seperti jangkitan bakteria Helicobacter Pylori, merokok, pengambilan alkohol yang tidak terkawal, tekanan emosi dan pengambilan ubat antiinflamasi (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs).

Intoleransi Laktosa

Intoleransi laktosa akan berlaku apabila badan kita mengalami kekurangan enzim dipanggil sebagai laktase. Enzim laktase ini dirembeskan dalam usus kecil kita dan ia berperanan memisahkan laktosa mejadi gula ringkas supaya ia senang diserap oleh usus kecil kita. Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu. Gejala biasa yang akan berlaku dalam masa 30 minit ke 2 jam seterusnya selepas pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi laktosa adalah rasa mual, rasa muntah, kekejangan otot, rasa kembung perut dan cirit-birit.

Irritable Bowel Syndrome (IBS)

IBS adalah gejala usus yang merupakan kesakitan abdomen berterusan dengan rasa kembungan perut, sembelit atau cirit-birit yang berterusan selama bertahun – tahun tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan yang kekal pada usus. Kolon pesakit IBS adalah lebih sensitif dan reaktif, dimana tindak balas yang mendalam dialami walaupun menghadapi rangsangan yang ringan sahaja. Tekanan emosi dan kerisauan juga dikatakan sebagai punca utama IBS.

Kanser Kolon

Kanser kolon merupakan tumbesaran kolon yang mana boleh dikesan di bahagian bawah sistem penghadaman. Kebanyakan kes kanser kolon bermula dari sekelompok sel-sel yang kecil and bukan berunsur kanser dipanggil sebagai adenomatous polyps. Dalam jangka masa yang panjang sesetengah polyps akan menjadi kanser kolon. Simptom kanser kolon adalah seperti perubahan tabiat membuang air besar, pendarahan semasa membuang air besar, ketidakselesaan perut yang umum (kembung, penuh dan/atau kekejangan), perut berasa tidak kosong sepenuhnya, dan penurunan berat badan yang tiada sebab ternyata.

Kaedah untuk Sistem Penghadaman yang Sihat

Serat

Meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Mendapatkan serat yang secukupnya dapat membantu memperbaiki keadaan seperti sembelit, buasir dan mengurangkan risiko kanser kolon.

Mengawal Pengambilan Alkohol

Pengambilan alkohol dalam jangka masa lama akan mengakibatkan kerosakan pada saluran penghadaman. Ia merupakan punca utama untuk penyakit seperti gasterik, ulser, sirosis dan kerosakan hati.

Mengawal Pengambilan Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat akan menambahkan gas berlebihan dalam sistem penghadaman kita. Ia juga akan mewujudkan rasa kembung di bahagian atas saluran penghadaman dan rasa kurang selesa di bahagian abdomen. Air suam dan jus buah-buahan merupakan pilihan gantian terbaik.

Makan pada masa yang tepat

Makan pada masa yang tepat, mengunyah dengan perlahan dan betul sebelum menelan untuk penghadaman yang sihat dan penyerapan nutrisi yang baik.

Rehat dan mengawal tekanan anda

Apabila kita menghadapi tekanan, otot sistem penghadaman kita akan menjadi lemah. Enzim penghadaman tidak dapat dirembeskan secukupnya dan kadar makanan yang melalui saluran penghadaman akan menjadi perlahan di mana akan mengakibatkan sembelit, pedih hati dan senak.

Saranan:

Selain amalan pengambilan nutrisi yang seimbang, anda juga boleh mengambil makanan tambahan kerana ia dapat membantu menguatkan sistem penghadaman anda. Hindari tabiat yang tidak sihat seperti pengambilan alkohol dan merokok. Makanan tambahan yang dicadangkan untuk enzim dan serat adalah seperti berikut:

  • Tablet herba Lion´s Mane, MycoVeggie, Cordypine, Morinzyme / morinzhi

Mycoveggie DXN: rumusan 25 jenis herba yang baik untuk membersihkan usus.

Cordypine DXN: Rumusan Ekstrak Cordyceps dan enzim nanas.

Morinzhi DXN: Jus buah mengkudu asli untuk meningkatkan kesihatan.

Tambahan:

Buang air sama ada kecil atau besar, berpeluh dan bernafas merupakan proses dalam badan manusia bagi membuang toksin-toksin yang tidak dikehendaki. Saluran penghadaman sepanjang 9 meter merupakan jalan utama bagi pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksin yang turut meliputi saluran usus kecil dan besar.

Usus besar memainkan peranan sebagai tempat simpanan akhir bagi makanan yang tidak dihadam oleh usus kecil. Himpunan sisa makanan ini perlu dikeluarkan dengan segera ( dalam masa 24 jam ) kerana ia boleh menjadi sisa toksin kepada badan. Perut buncit merupakan tanda-tanda peningkatan sisa-sisa makan dalam usus manusia.

Usus badan manusia semakin tersumbat apabila semakin meningkat usia akibat sisa makanan akan tertinggal dan berkumpul dalam usus. Malah ia turut melibatkan tanda-tanda seperti sembelit, rasa sebu perut, tidak hadam, nafas berbau, badan berbau, kulit tidak bermaya dan cepat penat.

Untuk membuat ukuran perut sama ada buncit atau tidak adalah dengan menggunakan formula ratio ukuran pinggang dan peha. Dapatkan ukuran pinggang dalam centimeter (cm) dan ukuran peha juga dalam cm. Bahagikan ukuran pinggang dengan ukuran paha.

Sekiranya hasil bahagi adalah melebihi 0.95 bagi lelaki dan 0.85 bagi perempuan. Maka ia menunjukkan anda buncit.

Bagi mengurangkan ukuran perut, permakanan perlu dijaga. Menambahkan pengambilan fiber atau serat merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan aliran keluar sisa makan keluar dari badan.(Sila dapatkan maklumat tentang fiber)

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu permakanan kita.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan punca fiber yang utama dan sering diabaikan. Pengambilannya bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in herba, Sehat & Ceria and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s