Makanan dan Kesihatan


Semua orang tidak mahu sakit dan penyakit tetap ramai orang yang sedang sakit samada sakit ringan atau kronik. Sedarkah kita bahawa punya utama penyakit kronik adalah mendapan bahan toksin yang berpunca dari makanan dan minuman serta udara yang memasuki badan kita setiap hari . Bahan toksin , terutama yang tidak larut air, akan terkumpul dan mampu merosakkan fungsi organ tubuh seperti jantung, limpa, paru-paru, ginjal , usus, sistem saraf dan lain-lain serta berupaya melemahkan sistem imun ( pertahanan ) badan kita. Apabila kadar toksin meningkat, tahap imun badan kita menurun….

Makanan kita terdedah kepada racun serangga, baja kimia, bahan perisa, bahan pewarna dan pengawet, air yang tidak bersih, udara yang tercemar, pengambilan gula atau garam dan daging yang berlebihan.

Di samping faktor makanan, minuman dan udara, faktor lain yang menggalakkan penyakit ialah gaya hidup yang tidak sehat, tekanan (stress ) jiwa dan fizikal, serta kesan sampingan pengambilan ubatan yang berlebihan atau berpanjangan.

Kita biasa mendengar penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi, Gout, Migrain, Obesiti, Batu Karang, Buasir, Sakit Buah Pinggang, Penyakit Jantung, Strok, Barah dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah kesan daripada toksin yang berlebihan di dalam badan dan kegagalan organ untuk berfungsi secara optimum. Ada banyak jenis penyakit yang memerlukan kita mendapatkan rawatan, ubatan dan penjagaan sepanjang hayat.

Apabila kita mengidap sesuatu penyakit , banyak masalah akan timbul di antaranya:

1.  Perbelanjaan yang besar untuk kos rawatan dan ubatan dan berulang-alik ke pusat rawatan

2.  Perlu mengawal makanan dan tabiat makan.

3.  Badan sakit, lemah dan tidak bermaya

4.  Kerja terganggu dan produktiviti menurun

5.  Hasil pendapatan akan berkurangan/hilang

6. Keluarga akan merasa kesan seperti terpaksa menjaga pesakit, kehilangan sumber pendapatan dan sebagainya.

7.  Status kewangan akan menjadi kritikal dan ada yang terpaksa menjual aset atau berhutang untuk menanggung kos rawatan dan ubatan.

Apabila kita sakit, kita perlukan rawatan, ubatan, bantuan, perhatian dan nasehat.

Walaupun kita tahu, kebanyakan kita masih mengamalkan sindrom “NO TIME, NO MONEY”. Kita merasakan tidak ada masa untuk beriadah dan tidak ada wang untuk membeli makanan yang berkhasiat atau membeli makanan / vitamin tambahan untuk menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan.

Mulakan langkah bijak dengan membuat keputusan untuk memelihara kesihatan dan mengambil langkah mencegah dari mengubati penyakit. Kepada kita yang dikurniakan kesihatan yang baik, marilah bersama mengambillah langkah awal untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan sedia ada.

Peranan utama kita ialah memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat, sayuran dan buahan segar serta memulakan proses pembuangan toksin (detox) di dalam badan.

“MENCEGAH PENYAKIT LEBIH BAIK DAN MURAH DARI MERAWAT”

Semuga Sehat dan Ceria sepanjang masa…

About dxnsehatceria

Menjalankan Perniagaan sebagai Pengadar Bebas Sepenuh masa bersama Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd. mulai tahun 2000.
This entry was posted in herba, makanan kesihatan, Sehat & Ceria and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s