MENGAWAL RISIKO KANSER


Kanser

Penyakit kanser telah menjadi penyakit umum di kalangan masyarakat  dan angka pesakit kanser semakin meningkat setiap tahun. Kanser yang paling biasa mengancam kaum lelaki ialah kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser kolorektal manakala bagi kaum wanita pula adalah kanser payudara, diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser kolorektal.

Akan tatapi, dengan sedikit perubahan dalam mengamalkan diet dan cara hidup, kita mampu membawa impak yang besar dalam mengurangkan risiko menghadapi penyakit kanser.

Di bawah merupakan lima senarai amalan mudah yang dapat kita lakukan untuk mengurangkan risiko menghadapi penyakit kanser:

HINDARI GULA DAN MANISAN TIRUAN.

Kurangkan makanan bergula

Cuba elak atau kurangkan mengambil makanan diproses seperti soda, muffin, donut dan gula-gula yang tinggi kandungan gulanya. Gula yang terdapat di dalam makanan ini cepat menyerap ke dalam darah. Ini akan menyebabkan peningkatan kadar gula darah dan seterusnya membawa kepada peningkatan kadar insulin. Tahap insulin yang tinggi akan meningkatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti pada prostat, paru-paru, kolon dan payudara.

MINUM BANYAK AIR.

Minum air bersih

Setiap organ manusia dari organ dalaman seperti paru-paru sehinggalah ke lapisan kulit di bahagian luar memerlukan air untuk berfungsi dengan lancar. Tanpa air, tubuh tidak akan mampu berfungsi dengan cekap. Selain itu, dengan mengambil air yang banyak, ia mampu membantu dalam penyingkiran toksin daripada tubuh badan. Kajian turut menunjukkan bahawa dehidrasi boleh dikaitkan dengan kanser saluran kencing, kolon dan payu dara.

 

BERSENAM DAN MENGAWAL BERAT BADAN.

MycoVeggie

Mengawal berat badan yang sihat dan bersenam setiap hari akan membantu dalam pencegahan kanser. Menurut Mayo clinic, berat badan berlebihan atau obes boleh meningkatkan risiko menghidapi kanser payudara, kolon, kerongkong, buah pinggang perut dan uterus. apabila berat badan kita berlebihan, tahap insulin kita turut akan melambung tinggi dan ini berkait langsung berlakunya penyakit kanser seperti dijelaskan di atas.

 

 

 

MAKAN SAYUR BERDAUN HIJAU GELAP.

Spirulina

Dari segi kandungan nutrisi, sayuran hijau mempunyai kandungan kalsium, magnesium, besi, potasium, fosforus, zink dan vitamin A, C, E serta K yang tinggi. sayuran hijau penuh dengan serat, asid folik, klorofil dan zat lain seperti mikro nutrisi serta fitokimia. buah-buahan dan sayuran juga mengandungi anti oksida seperti Vitanin C, Vitamin E dan lain-lain yang membantu tubuh dalam menyingkirkan radikal bebas bertoksid.

 

 

 

MINUM TEH HIJAU.

Teh Spica

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa dengan mengambil 3 gelas teh hijau setiap hari, kita dapat mengurangkan risiko mengidap kanser payudara  sebanyak 40 %. Teh hijau turut dapat mengurangkan risiko mengidap kanser rektum, hati, pankreas, perut dan kolon. Teh hijau mengandungi anti oksida di mana kajian menunjukkan bahawa ia mampu membantu menyingkirkan radikal bebas ( boleh membawa kepada mutasi sel) dari tubuh badan.

 

 

 

PRODUK KESIHATAN DXN

Lambang produk Kesihatan berkualiti di 150 Negara.

DXN Marketing menghasilkan dan memasarkan pemakanan kesihatan yang menyeluruh  bersesuaian dengan keperluan setiap individu. Dapatkan maklumat makanan kesihatan lengkap untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan keluaran Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd.

 

 

 

Rencana ini dipetik daripada majalah DXN life keluaran 40.

Posted in makanan kesihatan, Sehat & Ceria | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

APALAH SALAH MEE ……


Mee segera

Memang ramai penggemar Mee segera. Semua peringkat umur mengenali mee segera dengan berbagai nama dan perisanya. Mee segera adalah makanan yang mudah dibeli, senang dan cepat disediakan, sedap dan murah. Walau bagaimanapun ada sedikit maklumat yang perlu kita ketahui tentang makanan kegemaran ramai ini.

Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010 melaporkan terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Maklumat Mee Segera di Utusan Konsumer

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Mengamalkan makanan yang mengandungi banyak bahan tambahan tidak sehat secara  berlebihan dan berterusan boleh membawa berbagai masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Kemerosotan kesihatan tidak berlaku secara serta merta tetapi melalaui beberapa fasa  dan mengambil masa beberapa tahun untuk menjadi kritikal.

Evolusi masalah kesihatan.

Tahap Pertama

makanan dan minuman serta bahan tambahan yang kita ambil menjadikan badan bertoksin dan sistem badan tidak seimbang menyebabkan kurang bertenaga, cepat letih, mengantuk, suka tidur siang, kurang selera makan.

Tahap Kedua

Toksin yang tidak larut air meresap dan  mendap di tisu badan dan mengganggu sistem badan dan menyebabkan rasa rimas, kerap demam, selsema dan sakit kepala.

Tahap Ketiga

Masalah kemerosotan kesihatan mula terjadi. Kita mungkin mengalami masalah kerap atau susah buang air kecil dan besar, hidung berair, murung, sengal dan sakit badan , muka cengkung, insomnia, lidah kotor, nafas berbau, masalah haid(wanita), kepala bengang, kembung perut, ruam dan gelegata.

Tahap Keempat

Sel bdan mula tercemar dan rosak. Mula rasa sakit,  tonsil, radang buah pinggang(nefritis), radang sendi (arthritis), sakit kepala, migrain, pedih hati, angin, astma, tegang tegang, radang paru-paru, sakit pingggang, buasir..

Tahap Kelima

Kesihatan mula terjejas. Kita mula mengalami jenis ulser  samada di mulut, usus dan perut.

Tahap Keenam

Tisu badan mulai mengeras dan membengkak serta menjadi berbenjol. kita mungkin mengalami HIV, siplis, TB, Gannarrhea

Tahap akhir

Sel di dalam tubuh membiak secara tidak normal, liar dan di luar kawalan. Akhirnya menjadi kanser atau penyakit kronik yang lain.

Perhatikanlah tanda-tanda awal ini pada diri kita sendiri dan bertindaklah pada peringkat awal untuk mengawal dan mencegah masalah kemerosotan kesihatan sebelum ianya menjadi kritikal dan memerlukan rawatan dan penjagaan rapi yang memerlukan masa dan kos yang tinggi. Kemerosotan kesihatan ini juga mengganggu kegiatan sosial seharian kita dan menghadkan kebebasan menikmati makanan dan bergerak.

Bertindaklah dengan bijak. Mencegah lebih baik dan murah dari mengubati.

DXN menyediakan pemakanan kesihatan lengkap untuk menjaga, merawat dan memulihkan kemerosotan kesihatan. Keunikan pemakanan kesihatan keluaran DXN adalah ianya Mudah di amalkan, Murah dan Mujarab*

Selamat mencuba dan sila dapatkan maklumat dan produk dari pengedar yang sah dan bertauliah.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

KEHEBATAN TENAGA SEKSUAL:POTENZHI


Potenzhi DXN

Potenzhi™  DXN ialah sejenis ramuan semulajadi teradisional yang rumus khas untuk meningkatkan daya tahan seksual. Potenzhi™ mengandungi 9 jenis ekstrak herba semulajadi iaitu ekstrak Tongkat Ali dan Butea Superba (Kedua – dua herba ini terkenal dengan keberkesanannya dalam meningkatkan kekuatan dan stamina kaum lelaki). Ia diperkayakan lagi dengan Ganoderma, Cordyceps, lada hitam, saderi, teh hijau, akar lalang dan batang kayu secang.  9 jenis ekstrak herba ini telah dirumuskan secara khas untuk menghasilkan satu campuran unik yang dapat memberikan anda kebaikan yang maksimum.

Sedikit penerangan tentang kebaikan rumusan bahan Potenzhi™ DXN.

Tongkat Ali
Laporan British Journal of Sports Medicine melaporkan pada uji klinikal dilakukan terhadap ekstrak Tongkat Ali  menyimpulkan:

“Keputusan kajian menunjukkan bahawa ekstrak larut air Eurycoma longifolia Jack (tongkat Ali) meningkatkan massa bebas lemak, mengurangkan lemak tubuh, dan meningkatkan kekuatan otot dan saiz, dan dengan demikian boleh mempunyai kesan ergogenic.”

Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks di samping digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti pening kepala dan kurap. ia juga merupakan bahan anti tumor, anti radang dan anti oksida. Kesan dilaporkan oleh pengguna-pengguna ekstrak akar Tongkat Ali menunjukkan peningkatan dorongan seks, ereksi lebih keras dan tahan lama, membina otot, penurunan berat badan, bersama-sama dengan peningkatan tenaga secara keseluruhan dan merasa lebih “positif dan ceria tentang kehidupan”.

Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

Butea Superba

Butea superba adalah herba asli  Negara Thailand, terkenal di kalangan masyarakat tempatan menjadi bahan perangsang nafsu berahi. Hal ini telah popular di kalangan lelaki Thailand untuk kesan yang seharusnya terhadap peremajaan dan kekuatan seksual serta merangsang sistem saraf badan. Kajian di Thailand menunjukkan tiada kesan sampingan kepada pengamal bahan ini. Akar berbonggol Butea superba dikenalpasti mengandungi flavonoid dan flavonoid  glikosida serta  sterol sebatian, termasuk,β- sitosterol, campesterol dan stigmaterol.

 

Cendawan Cordyceps

Cordyceps mengandungi berbagai jenis bahan nutrisi seperti asid amino, Vitamin E dan K, Vitamin B1, B2 dan b12. ia juga mengandungi bahan Polisakarida, proteis, sterol serta berbagai elemen makro dan mikro lain. Di dalam Perubatan China, Cordyceps digunakan untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit akibat lemah sistem imun, serta meningkatkan semula tubuh yang lemah akibat sakit dan keletihan, bahan ubatan altenatif untuk rawatan kanser. Cordyceps juga digunakan dengan meluas di kalangan athletes antarabangsa untuk meningkatkan stamina dan ketahanan. Cordyceps sangat terkenal sebagai bahan yang boleh meningkatkan tenaga seksual lelaki dan wanita.

Kayu secang:

Sejenis kayu yang terdapat di Malaysia dan Indonesia. Kayu secang mempunyai berbagai macam khasiat antaranya sebagai pewarna pada bahan anyaman, kueh, minuman atau sebagai alat tulis. Kayu secang apabila direbus akan memberikan warna merah gading muda. Selain khasiat di atas, kayu secang juga berkhasiat sebagai ubat berbagai macam jenis penyakit. Beberapa penyakit yang dapat diubati adalah :  ceret beret,  luka dalaman, sifilis, darah kotor, berak berdarah, kencing berdarah, malaria,  tumor, dan radang selaput lender mata.

Akar lalang:

Bahan herba yang kurang dikenali ini berguna untuk meningkatkan tenaga batin. Ia di gunakan secara tradisional dengan mencampurkan akar lalang ini dengan beberapa bahan lain lalu direbus dan meminum airnya dengan tujuan untuk menghasilkan tenaga  batin yang kuat, ampuh dan bertahan lama.

Akar lalang yang mengandungi sumber gula juga digunakan untuk masalah kencing tidak lawas, merawat sengal-sengal tulang dan otot-otot. Ada pihak yang mendakwa ia  mampu menjadi penawar kepada kencing bernanah, Sipilis dan buah pinggang dengan meminum air rebusan lalang berterusan mengikut peraturan yang disyorkan.

Potenzhi™ DXN merupakan  tonik berkesan yang mampu memulihkan keghairahan dan vitaliti kaum lelaki.

Kebaikan Potenzhi DXN:

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mempertingkatkan tahap tenaga dan kecekalan
  • Mengatasi masalah keletihan dan kelesuan
  • Meningkatkan kekuatan dan prestasi fizikal

Potenzhi™ DXN adalah satu – satunya jawapan untuk memulihkan tahap kelelakian anda.

Kembalikanlah keghairahan anda dengan Potenzhi™ !

Harga pasaran (SM)

30 kapsul :RM 72.00

90 kapsul :RM 196.50

** Sila dapatkan produk atau maklumat Potenzhi DXN dari pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

SEHAT DAN SAKIT


Kesihatan adalah Anugerah Tuhan yang sangat berharga. Penjagaan kesihatan adalah hak dan tanggungjawab setiap individu. Apakah pegangan anda tentang kesihatan dan penyakit ? Untuk menikmati kehidupan yang sihat dan cergas kita perlulah menjaga  badan kita dengan baik dan badan kita akan menjaga kesihatan kita. Di sini lahirlah istilah “sebaik-baik doktor adalah badan kita sendiri”

Luka akibat Diabetes

Berbagai jenis penyakit sedia ada dan penyakit baru di zaman ini di antaranya penyakit jantung, diabetes, darah tinggi, strok, kanser, masalah buah pinggang  dan berbagai lagi adalah akibat ketidakseimbangan nutrisi dan kandungan toksin yang berlebihan di dalam badan.

Bagaimana penyakit-penyakit ini boleh menguasai diri kita? Mengapa peratusan mangsa penyakit-penyakit ini  terus meningkat ?. Tiada apakah tindakan pihak berwajib untuk mengawalnya.? Adalah lebih adil dan baik jika kita boleh memahami sedikit antara punca masalah kesihatan ini timbul.

Secara ringkas, di antara faktor penyumbang kepada kemerosotan kesihatan ialah:

1. Tahap sistem imun badan yang lemah mendedahkan badan kepada pelbagai serangan seperti kuman yang mengakibatkan penyakit.

2. Sistem aliran darah yang tidak lancar kerana saluran yang tersumbat oleh kesan kolestrol menyebabkan badan tidak dapat oksigen dan nutrien secukupnya.

3. Makanan dan minuman yang kita ambil tidak mengandungi bahan nutrien yang  mencukupi atau tidak seimbang disebabkan kebanyakan makanan ini terdiri dari bahan yang diproses yang kurang zat dan mengandungi berbagai bahan tambahan yang tidak sesuai atau merbahaya.

4.  Proses pencernaan yang tidak baik. Bahan-bahan buangan yang sepatutnya dikeluarkan tersimpan di dalam usus untuk jangka masa yang lama sehingga menjadi toksin.

5. Ketidak seimbangan atau penurunan paksi hormon secara semulajadi apabila usia meningkat menyebabkan berbagai masalah fizikal dan emosi.

6. Pendedahan kepada  kesan radikal bebas yang boleh mengakibatkan sel-sel badan rosak dan mengakibatkan gejala kanser, penyakit kardiovascular dan proses penuaan pra- matang.

7. Kurang prihatin tentang langkah-langkah penjagaan kesihatan seperti melakukan pemeriksaan kesihatan berkala, mengamalkan pemakanan sihat, dan sebagainya.

Kita sebenarnya boleh mengatasi semua masalah di atas dengan mengamalkan gaya hidup sehat dengan berfikiran positif, menjaga pemakanan, bersenam, mengurangkan tekanan dan berehat secukupnya serta mengambil pemakanan kesihatan yang sewajarnya.

Mengamalkan pemakanan kesihatan adalah penting walaupun ia memerlukan sedikit pelaburan kewangan. Kalau ini merupakan satu beban, cuba fikirkan bagaimana kita boleh menjaga dan menghias serta membuat servis kenderaan kita yang berharga dengan sebaik-baiknya serta mengikut jadual. Kesihatan kita tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, kerana ianya terlalu berharga. Adalah lebih baik kita melabur sedikit wang dan masa untuk mencegah dari masalah kesihatan, kerana mencegah lebih mudah dan murah dari mengubati.

Kami mengesyorkan Pemakanan kesihatan Herba semulajadi keluaran DXN Marketing Sdn. Bhd. Pemakanan kesihatan ini boleh bertindak mencegah, mengawal mengubati dan meningkatkan kesihatan ketahap optimum. Kaedah penjagaan kesihatan holistik ini melalui menggunakan GANODERMA melalaui beberapa fasa seperti berikut.

5 Fasa rawatan Holistik Ganoderma

1. Mengesan masalah penyakit-penyakit di dalam badan. Ada penyakit yang sedia diketahui dan  mungkin penyakit yang tidak disedari dari peringkat awal lagi.

2. Menyingkirkan toksin. Membuang toksin larut air dan toksin tidak larut air dari tubuh seperti asid urik, kolestrol,enapan lemak, enapan kalsium dan bahan-bahan kimia merbahaya melalui kaedah pepeluhan dan pembuangan najis, muntah, ruam dan bisul .

3.  Penyeimbangan fungsi tubuh. Ia merupakan proses memulihkan semula organ dan sistem tubuh yang lemah atau gagal berfungsi. Tindak balas badan akan berlaku menandakan keberkesanan rawatan.

4. Pemulihan fungsi tubuh. Ini adalah proses di mana bahagian tubuh yang mengalami luka atau sakit akan dipulihkan dengan memperkuatkan sistem imun badan, menguatkan keadaan fizikal, ketenangan fikiran dan daya tahan badan melawan penyakit. Ia turut menyediakan nutrien asas untuk memulihkan fungsi tubuh.

5. Awet muda. Di peringkat akhir rawatan holistik ini tubuh akan berfungsi pada tahap optimum dan menjadikan tubuh bertenaga, ketenangan mental dan wajah lebih ceria dan muda.

 

Myselium (GL)-DXN

Reishi Gano(RG)-DXN


Untuk maklumat lebih lanjut tentang pemakanan Kesihatan Ganoderma DXN, sila rujuk ke tajuk berkaitan dan dapatkan nasehat dari pengedar DXN yang ah dan bertauliah.

Posted in kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

RAMUAN PENYEJUK BADAN: SPICA TEA.


Teh Spica-DXN

Teh Spica ialah sejenis minuman yang mengandungi ramuan beberapa jenis herba seperti Ganoderma Lucidum, Herba Manthea, Pericarpium Citri Reticulata, Radix Glycyrrhizae dan Spica Prunellae. Ia dibungkus dalam bentuk uncang untuk memudahkan ia dibancuh dan dibawa ke mana sahaja.

Teh spica tidak mengandungi kafein , bahan pewarna ataupun bahan awet. Ia sesuai untuk setiap kategori umur dan golongan.

Ramuan Teh Spica:

Ganoderma Lucidum.

Ganoderma Lucidum:

Ekstrak Herba ini berupaya membekalkan vitamin dan galian untuk mengembali dan meningkatkan kesihatan badan.

Herba Manthea

Herba Manthea:

Herba ini merangsang saraf pusat, mengembangkan kapilari darah pada kulit dan mempercepatkan rembesan dari kelnjar peluh.

Pericarpium Citri Reticulatae (kulit limau manis)

Pericarpium Citri Reticulata:

Berfungsi mengawal “qi” dalam perut. Ia juga berperanan mengurangkan kelembapan dan mengurangkan kahak.

Radix Glycyrrhizae

Radix Glycyrrhizae:

Ekstrak dari sejenis pokok/akar kayu. Ia berfungsi untuk melegakan kahak dan mengurangkan batuk.

Spica Prunellae

Spica Prunellae:

Ia berfungsi untuk mengurangkan panas badan dan berupaya menghilangkan bintil-bintil nodul dari berkumpul.

Cadangan penyediaan Teh Spica:

Rendamkan uncang Teh Spica ke dalam air mendidih selama 3-5 minit sebelum menikmatinya. Uncang ini boleh diguna/ rendamkan beberapa kali ke dalam air panas.

kandungan Teh Spica:

Kotak= 20 uncang.

Harga pasaran: S/M: RM 29.00

Posted in minuman kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

DXN: PENGENALAN DAN SEJARAH


DXN Berada Di Tangga Ke-40 Dunia

Baru-baru ini, DXN telah diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 40 teratas di seluruh dunia dalam ‘100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia’ oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat

Kejayaan ini menjadikan DXN antara syarikat ualan langsung yang amat disegani dalam industri jualan langsung. Kejayaan di peringkat global ini sesungguhnya amat  membanggakan kerana syarikat yang berasal dari Malaysia ini juga membuktikan pengurusan yang cekap dan strategi yang berkesan mampu menjadikan syarikat tempatan bersaing di peringkat global. DXN yang telah bertapak dengan kukuh menawarkan pelbagai produk berkualiti untuk Semua pengguna. Produk keluaran DXN merangkumi produk makanan kesihatan, produk makanan dan minuman, produk penjagaan kulit dan kosmetik, produk penjagaan diri, produk penjagaan rumah, dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003, DXN Holdings Berhad, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Pasaran Utama Bursa Malaysia). Penyenaraian ini sesungguhnya kejayaan yang amat membanggakan untuk DXN.

Dato' Dr Lim Siow Jin, Pengasas DXN

DXN memberi fokus dalam pengeluaran produk Ganoderma, semakin dikenali peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu. Syarikat yang bermula di Malaysia ini telah berkembang ke seluruh dunia dan telah menakluki 150 pasaran dengan lebih daripada 85% hasil syarikat dijana dari luar negara.

Pembukaan Pasaran Antarabangsa

Perkembangan DXN di pasaran global terbukti mantap apabila kumpulan ini mencatatkan keuntungan bersih melebihi RM28 juta pada tahun kewangan 2010. Rekod keuntungan ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sepanjang tempoh syarikat ini beroperasi. Pencapaian cemerlang ini sebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan kukuh pasaran antarabangsa terutamanya di Filipina, Mexico, India, dan UAE. Selain itu, usaha memasuki pasaran Eropah dan Amerika Latin juga telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan syarikat DXN sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1993 atas minat Dato’ Dr Lim Siow DXN Berada Di Tangga Ke-40 Dunia Jin yang mendalam terhadap kulat Lingzhi. Kulat Lingzhi ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan kesihatan manusia dan keinginan beliau untuk menarik minat lebih ramai orang terhadap khasiat herba ini, menjadi pendorong utama terhadap penubuhan perniagaan ini.

Ladang Ganoderma (Lingzhi)

Profesional Dan Pakar Dalam Penghasilan Produk Berasaskan Ganoderma

Sejak ditubuhkan, DXN merupakan syarikat jualan langsung tempatan yang menghasilkan produk berasaskan Ganoderma tanpa bergantung kepada kepakaran dan bantuan asing. Yang istimewa semua proses penanaman, pemprosesan dan pemasaran produk adalah diuruskan oleh DXN sendiri dengan kawalan kualiti yang ketat di bawah bimbingan Dato’ Dr Lim Siow Jin. DXN sentiasa memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terjamin.

Selain itu, Ladang Ganoderma DXN adalah antara ladang Ganoderma berintegrasi yang terbesar di dunia dengan keluasan 34 hektar. Ia juga merupakan ladang Ganoderma yang pertama mendapat pengiktirafan ISO 14001. Ladang ini mengamalkan cara  penanaman organik, dengan pengiktirafan Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Tiada sebarang racun perosak dan baja kimia digunakan pada semua peringkat penanaman untuk menghasilkan Ganoderma yang paling unggul.

Ganoderma yang telah matang akan dikutip dari ladang setiap tiga bulan dan dihiris untuk dijadikan ramuan dalam produk yang ditetapkan. Pada peringkat ini, Ganoderma yang siap dihiris akan melalui proses pengeringan sejuk beku.  Proses ini telah digunakan oleh DXN kerana ia mampu mengekalkan nilai khasiat Ganoderma tanpa merosakkan kandungan aktif semula jadinya.

Kelengkapan Infrastruktur Dan Anugerah Sijil Kecemerlangan

Pusat kajian dan pemprosesan produk DXN

Produk keluaran DXN adalah berasaskan Lingzhi atau nama saintifiknya Ganoderma lucidum. Produk DXN kini telah melebihi 100 jenis, jika dibandingkan dengan hanya empat produk pada awal 90-an, bagi memenuhi permintaan masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Antara produk yang terlaris dan paling disyorkan oleh DXN pastinya Reishi Gano (RG) dan Ganocelium (GL). Kedua-dua produk teras ini dihasilkan oleh kilang farmaseutikalnya sendiri yang berstatus GMP.

Pada awal penubuhan, DXN hanya sebuah syarikat tidak ternama, dengan pejabat yang serba sederhana. Namun di bawah pimpinan Dato’ Dr. Lim, DXN terus berkembang setiap tahun sehingga menjadi satu kumpulan berintegrasi yang merangkumi semua aspek seperti pemilikan ladang Ganoderma, tapak penyemaian dan pemeliharaan Spirulina serta kilang bersepadu dan rangkaian pemasaran tersendiri.

Kilang DXN yang serba canggih ini termasuklah kilang farmaseutikal, kilang kopi, dan yang terbaru kilang kosmetik. Lantaran kelengkapan infrastruktur yang dimiliki, DXN telah mendapat status GMP, TGA Australia dan pengiktirafan ISO 9001 bagi kilang farmaseutikalnya serta beberapa lagi sijil seperti ISO 14001 dan SOM bagi ladang Ganodermanya. Malah, makmal DXN turut mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 atas kepakaran dan operasinya yang memenuhi skop sistem pengurusan kualiti makmal. Semua pensijilan ini jelas membuktikan betapa komitednya DXN dalam menjalankan perniagaan berasaskan Ganoderma.

Produk Berstatus Halal Dan Pembangunan Perniagaan Berasaskan ‘Pendekatan-E’

Sijil halal produk

Sijil ISO 9001

Sijil Super Excelent Brand

Sijil Produk Organik

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Majoriti masyarakatnya menganut agama Islam. DXN sedar bahawa produk halal amat diperlukan oleh masyarakat Malaysia khasnya masyarakat Muslim di negara ini. Oleh sebab itulah, produk DXN dari awal lagi telah mendapat status Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan adanya status Halal, produk DXN bukan saja berjaya menembusi pasaran masyarakat Islam, malah turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat bukan Islam. DXN yakin, permintaan terhadap produk halal akan menjadi satu trend pada masa akan datang.

Sehingga kini, DXN mempunyai lapan cawangan pemasaran bagi melayani kira-kira 300,000 pengedar di seluruh Malaysia. Jika kita melihat kepada angka pertumbuhan bilangan pengedar pada tahun-tahun lepas, DXN amat optimis dan mensasarkan 10% peningkatan jumlah pengedarnya. Bagi menampung bilangan pengedar yang semakin meningkat, DXN mengaplikasikan ‘pendekatan-e’ dalam cara perniagaannya. Pendekatan ini adalah amat penting dan strategik untuk pembangunan DXN dan juga para pengedar DXN. Dengan adanya pendekatan-e, ruang untuk mengurangkan kos transaksi, meningkatkan produktiviti, memperbaik mutu khidmat pelanggan dan jualan serta mengembangkan peluang perniagaan adalah amat luas.

Tiga Konsep Eka Jamin Kejayaan Berterusan

Kompleks kilang DXN

Sebagai salah satu peneraju dalam industri MLM, DXN sentiasa berpegang teguh kepada konsep ‘Eka Naga, Eka Pasaran, Eka Minda’ dalam operasi perniagaan. Dalam konteks ‘Eka Naga’, DXN menghasilkan Ganoderma tanpa bergantung kepada bantuan asing. Setiap peringkat – dari penanaman, pemprosesan hingga pemasaran produk – diurus oleh DXN sendiri dengan kawalan ketat. Dengan cara ini, DXN bukan saja mampu mengawal kos bagi produk yang dihasilkan, malah kualiti produk turut terjamin.

Usahawan DXN ” Satu Minda”

Selain itu, setiap warga DXN turut berpegang terhadap konsep ‘Eka Minda’, iaitu kita perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam mencapai sasaran. Apabila berdepan dengan rintangan atau tekanan, kita mesti menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kebijaksanaan.

Dalam konteks membimbing para pekerja, DXN bersikap terbuka dan meyakini kebolehan dan memberi peluang kepada semua pekerja untuk mencungkil bakat dan membuktikan kebolehan mereka. Peluang sentiasa diberikan kepada pekerja untuk menggunakan bakat mereka dan disesuaikan dengan kehendak dan operasi syarikat.

Konsep Satu Dunia Satu Pasaran

DXN sahaja mengamalkan Konsep 1 keahlian untuk seluruh dunia

Bagi pelan pemasarannya pula, DXN merupakan syarikat pertama yang melancarkan konsep jualan ‘Satu Dunia, Satu Pasaran’. Di bawah konsep ini, pengedar dari mana-mana negara layak menaja sesiapa sahaja sebagai pengedar baru dan pengedar baru tersebut akan menjadi talian bawahan langsungnya, walaupun mereka berlainan warganegara.

Berpegang teguh kepada konsep ‘Satu Dunia, Satu Pasaran’, DXN memperakui keahlian dan jualan seseorang pengedar tanpa mengira kerakyatannya. Ini bermaksud para pengedar boleh menikmati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan hanya satu kad keahlian.

Pembukaan Pasaran Yang Lebih Luas

DXn di 150 negara

Bagi tahun 2011, DXN akan terus memberi tumpuan penuh bagi mengembangkan pasaran perniagaan MLM di seluruh dunia, terutamanya di benua Eropah dan Amerika Latin. Tekad dan usaha DXN selama ini telah menampakkan hasil yang begitu positif. Usaha ini terserlah khasnya di Hungary dan Mexico. Sebagai pengusaha aktif di pasaran global, DXN akan terus cuba menembusi pasaran baru. Demi membina platform global yang teguh kepada pengedar sedunia, DXN akan terus meningkatkan kemampuan syarikat dalam pendekatan pemasaran dan latihan, penggunaan teknologi maklumat di samping mengamalkan komunikasi terbuka. DXN yakin bahawa perkembangan positif ini akan terus menular dan DXN sentiasa bersedia berkongsi rahsia kejayaan dan kesihatan bersama-sama anda.

Aktiviti usahawan DXN di seluruh dunia

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MAJU JAYA BERSAMA DXN GLOBAL.

Sebahagian daripada Usahawan pencapai tertinggi Global DXN mengalu-alukan kehadiran anda sebagai Usahan DXN


C.A Mr. Budiman Salim, Indonesia.

C.A Drs Vasupalliah- India

C.A Mr Nestor Ymbong- Filipina

TCD Mr Lee Gee Kow- Malaysia

ESCD Mr Fatemi Ghani-Gulf

C.D - Europe

Sebahagian Usahawan Global DXN
Artikel ini petikan dari majalah Networker- Feb 2011.
Posted in DXN Marketing Sdn. Bhd. | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

RAWATAN KESIHATAN HOLISTIK: GANOTERAPHY


Ganotherapy adalah satu kaedah penjagaan kesihatan secara menyeluruh (holistik) sebagai satu bentuk rawatan  alternatif. prinsip ganoteraphy ialah “tubuh kita merupakan doktor yang terbaik”. Kaedah Ganoteraphy ini terdiri daripada 4 teori pemerhatian yang digunakan untuk menjelaskan bagaimana Ganoderma atau Cendawan Merah atau lebih dikenali sebagai Ling Zhi menbantu tubuh manusia agar tubuh badan dapat mengatasi masalah kesihatan sendiri.

Teori Ganoteraphy: 4 Pemerhatian.

Oleh: Dr Lim Siow Jin (Pengasas dan CEO DXN Marketing sdn. Bhd.)

1.     Penyakit yang disebabkan oleh 2 sumber: racun dalam tubuh dan ketidakseimbangan dalam fungsi organ tubuh.

berbagai sumber toksin

a) Racun dalam tubuh kita – Apa saja yang terlebih atau tidak diperlukan oleh tubuh adalah dianggap racun. Ia boleh terdiri daripada virus, bakteria, debu, asap, kolesterol jahat, kontaminasi dari air minuman tanpa penapis, racun perosak yang diserap oleh buah-buahan & sayur-sayuran, berbagai bahan kimia (perasa, pewarna ) produk makanan dan persekitaran, dan sebagainya.

“Bahan kimia telah menggantikan bakteria dan virus sebagai ancaman utama kepada kesihatan. Penyakit ini  mula menjadi sebagai punca utama kematian di bahagian akhir tahun 1900 dan memasuki abad ke-21 adalah penyakit yang berasal dari bahan kimia. ” – Dr Dick Irwin, Toksikologi, Texas A & M University

Bahan kimia merbahaya kepada sel-sel tubuh kita dan hanya masa akan menentukan bila kita akan didiagnosis menghidapi penyakit berkaitan dengan racun ini. Individu yang “Sehat”  sebenarnya telah diuji bebas dari bahan kimia berbahaya dalam sistem tubuh badan mereka. (berita yang diterbitkan oleh The Globe and Mail )

Mengamalkan pemakanan ganoderma (lingzhi) secara teratur dan berterusan boleh menyingkirkan bahan racun yang tersimpan di dalam tubuh.

masalah kesihatan

b) Ketidakharmonian dalam fungsi tubuh – Jika organ dan sistem badan tidak berfungsi dengan betul dan baik, tubuh dalam keadaan tidak seimbang. Hal ini boleh terjadi kerana tekanan (stress), keletihan kerana kurang tidur dan rehat, kekurangan zat makanan, tekanan fizikal atau kecederaan yang mempengaruhi organ-organ tubuh dan sistem sehingga tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan gejala kesihatan yang tak diingini.

Sama seperti toksin, ketidakseimbangan tubuh atau sesuatu organ (jantung, otak, paru-paru, ginjal, hati, pankreas, dll) dapat ditelusuri sampai ke sel-sel  tempat bermulanya organ tersebut. Jika berlaku ketidakseimbangan sel, tubuh akan menghadapi masalah kesihatan.

2. Ganoderma membantu badan untuk menyembuhkan badan.

Ganoderma bukanlah ubat yang bertindak untuk menyembuhkan penyakit. Mengamalkan pemakanan Ganoderma secara teratur akan membetulkan, mengatur dan memperkuatkan semua sel-sel tubuh yang membentuk organ-organ dan sistem imun tubuh untuk berfungsi dengan baik dan optima secara semulajadi. Jika semua organ tubuh dan sistem imun boleh berfungsi dengan baik, tubuh akan sehat dan bebas dari penyakit.

3.         Kesan tindak balas ganoderma.

Setiap “reaksi” atau kesan rawatan yang terjadi kepada kita bukan disebabkan oleh Ganoderma. Hal ini terjadi disebabkan oleh tubuh membuang toksin dan meningkatkan sistem imun tubuh serta bertindak balas (semasa proses penyembuhan) terhadap masalah atau penyakit tertentu.

Satu contoh yang baik ialah kita akan merasa gatal (reaksi) pada bahagian kulit yang luka ketika berlakunya proses penyembuhan. Reaksi ini bersifat sementara sahaja dan hilang ketika luka telah sembuh.

  • Kajian menunjukkan bahawa Ganoderma mempunyai kesan pada tubuh manusia samada kita sedar atau tidak.
  • Kesan tindak balas (Reflexology)
    1. Fizikal – bahagian tubuh luaran menerima tanda dan / atau gejala dari keadaan atau bahagian dalaman tubuh.
    2. Emosional – emosi yang tidak biasa (tidak lazim ) isyarat keadaan tubuh keseluruhannya.

Di antara kesan tindak balas yang terjadi adalah seperti berikut:

Organ sasaran

Kesan  Fizikal

Reaksi Emosi

Perut

Berotot

Murung

Paru-paru

Hidung

Sedih

Ginjal

Telinga & rambut

Takut

Hati

Mata

Marah

Jantung

Wajah kemerahan

Gembira

Usus

Bibir & mulut

berkhayal

Saluran darah

Kebas anggota

Toksin dalam badan

Gatal dan ruam kulit

Refleksi masalah:

Signal bernyala:

Sebagai contoh, apabila kereta anda ada masalah di bahagian enjin, lampu di papan penal di hadapan pemandu akan menyala berkelip-kelip. Ia memberi isyarat bahawa ada masalah di bahagian enjin kereta. Bolehkah masalah enjin tersebut diselesaikan dengan mematikan lampu yang berkelip di papan penal sahaja?. Tentu tidak. Kereta itu memerlukan pemeriksaan oleh mekanik yang berkebolehan yang akan memeriksa sistem enjin dan membaiki bahagian yang rosak. Apabila kerosakan telah dibaiki, lampu di papan penal akan berhenti berkelip dengan sendirinya. begitu jugalah keadaan badan kita.

4. Dosej ganoderma:

Dosej Ganoderma tidak berkaitan dengan penyakit. Dosej yang dicadangkan tujuan detoksifikasi toksin dan penyeimbangan sistem badan untuk setiap orang adalah seperti berikut:

Dosej ini dinamakan peraturan 1,2,4,6.

Masa ( setiap hari) 

 

Bil kapsul (RG dan GL)

Minggu pertama

1 RG dan 1 GL ( sepasang )

Minggu kedua

2 RG dan 2 GL ( 2 pasang )

Minggu ketiga

4 RG dan 4 GL ( 4 pasang )

Minggu kelima

6 Rg dan 6 GL ( 6 pasang )

Seterusnya (penjagaan )

2-4 pasang setiap hari

Nota cadangan:

DXN Marketing Sdn. Bhd. mengeluar dan memasarkan produk ganoderma iaitu Reishi Gano (RG) dan Mycelium (GL).

  • Masa yang paling sesuai untuk mengambil RG dan GL adalah sewaktu perut kosong iaitu sewaktu bangun pagi atau sewaktu hendak tidur malam.
  • Setelah mengambil RG dan  GL, minum lebih air setiap hari dan makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu proses pembuangan toksin.
  • Jika anda mengalami rasa tidak selesa dengan kesan rawatan ketika proses detoksifikasi, kurangkan dosej kepada separuh.
  • Anda mungkin perlu dosej harian yang berbeza-beza bergantung pada anda   keadaan kesihatan  dan keperluan tertentu.
  • RG dan GL harus diambil bersama untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
  • Jika anda mengambil ubat, sila teruskan untuk melakukannya dan   berunding dengan doktor anda untuk memantau kesihatan anda, khususnya   mereka dengan tekanan darah dan diabetes. Anda hanya boleh mengurangkan pengambilan ubat dengan  nasihat dari doktor kesihatan profesional.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang Pemakanan kesihatan Semulajadi Ganoderma yang dikeluarkan oleh DXN Marketing Sdn. Bhd. silalah berhubung dengan pengedar DXN yang sah dan bertauliah.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

KOKO & COKLAT: MAKANAN BERKHASIAT DAN SEIMBANG


Coklat adalah produk berasaskan koko yang mempunyai banyak khasiat dan kandungan nutrien. koko ialah makanan yang seimbang. Ramai orang mengamalkan minuman berasaskan koko atau memakan coklat untuk suka-suka sahaja  tanpa mengetahui kebaikan khasiatnya. Koko sebenarnya menyumbang kepada pemakanan yang seimbang.  Kandungan lemak di dalam koko boleh memberi lebih banyak tenaga berbanding dengan kopi atau teh.

Koko apabila dicampur dengan susu dan gula akan menjadi minuman berkhasiat dan theobromine dan kafien di dalam serbuk koko boleh menjadi perangsang. Proses penghadaman susu juga menjadi bertambah baik bila dicampur dengan koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut. Koko juga mengandungi khasiat lemak, protein susu, kalsium, zat besi, vitamin A, kalsium dan sebagainya. ( sila lihat rajah)

 

Koko kaya Protein dan Kalsium.

Coklat susu 200 g dihasilkan dari satu setengah cawan susu. Susu kaya dengan protein, kalsium, fosforus, riboflavin(vitamin B2, Vitamin A dan D. Sekeping coklat 50 g menyumbangkan 4 g protein yang kita perlukan. Sekeping coklat susu juga mengandungi 250 gm kalsium. Kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi. Kalsium juga memainkan peranan penghantaran iyarat saraf, penguncupan otot dan pembinaan sel baru.

Kesan antioksida:

Kandungan poliphenol yang tinggi seperti flavanaoids iaitu bahan yang dikenali sebagai catechin adalah bahan kimia yang menjadi bahan antioksida yang kuat.

Kurangkan risiko penyakit kardiovaskular:

Amalan menggunakan koko sebgai bahan minuman atau cokelat yang kaya bahan antioksida boleh mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengelakkan masalah koronari jantung.

Kebolehan mengatasi tekanan:

Kajian saintifik mengesahkan bahawa bahan antioksida di dlam koko dapat menghalang perubahan emosi semasa menghadapi tekanan fizikal dan mental serta koko juga boleh meningkatkan stamina.

Awet muda:

Proses penuaan yang diakibatkan oleh radikal bebas dan pemakanan yang mengandungi bahan antioksida sangat penting untuk melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan jangkamasa hayat manusia yang sihat boleh panjang antara 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan bahan antioksida.

COCOZHI -DXN

COCOZHI DXN:

Cocozhi® dirumus khas daripada biji koko berkualiti tinggi dan ditambah dengan ekstrak Ganoderma. Cocozhi ialah minuman berperisa coklat yang terdapat dalam bentuk serbuk yang mudah dibawa dan sedia dibancuh untuk diminum. Di samping aroma koko yang menyelerakan, anda juga boleh mendapat manfaat daripada Ganoderma. Tuangkan Cocozhi® ke dalam secawan air panas dan kacau untuk menikmati minuman yang menyegarkan. Cocozhi sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Kandungan: kotak -20 sachet/ 32 g

Harga pasaran S/M: RM 40.00

Dapatkan produk Cocozhi dari pengedar DXN yang sah atau terus dari  kami. Terima Kasih.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

BERSIH USUS UNTUK SEHAT- MYCOVEGGIE


Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Menurut pakar kesihatan 90% peratus penyakit bermula dengan usus yang kotor. Toksin yang terkumpul di dalam usus usus melalui makanan dan minuman biasanya melekat pada dinding usus perut dan ini akan menghalang proses pencernaan dan juga peroses penyerapan nutrien dan pemakanan kita . Pada masa sama toksin akan mencemarkan darah kita dan ini boleh menyebabkan badan kita menghadapai berbagai masalah kesihatan.

Sistem pencernaan bermula dari mulut sehingga ke dubur berfungsi sebagai berikut:
– menerima makanan
– pencernaan iaitu memecah makanan menjadi zat-zat
– menyerap zat-zat nutrien ke dalam aliran darah
– membuang bahagian makanan yang tidak dapat dicerna dari tubuh.

Saluran pencernaan terdiri dari mulut, kerongkongan, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Sistem pencernaan juga meliputi organ-organ yang terletak di luar saluran pencernaan, yaitu pankreas, hati dan empedu.

Untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh kandungan toksin yang tinggi di dalam usus, langkah penting yang kita perlu diambil ialah membersihkan usus disamping mengurangkan makanan bertoksin dan menambah bahan suplemen. Jika usus diberishkan maka proses penyembuhan pada badan akan menjadi semakin kuat dan berfungsi normal begitu juga sistem imun akan bertambah kuat.

MycoVeggie DXN ialah makanan tambahan istimewa hasil campuran ramuan semula jadi terpilih seperti sayur-sayuran, pelbagai cendawan, spirulina, teh hijau, daun mulberi, daun ginkgo, daun noni, buah-buahan herba dan rempah-ratus.

MycoVeggie DXN mengandungi lemak yang rendah, tanpa gula, tanpa kolesterol, dan kaya dengan serat, vitamin C, kalsium and zat besi. Ia membantu menyahkan toksin melalui pembersihan saluran penghadaman dengan lembut, mempertingkatkan penyingkiran bahan buangan daripada sistem perkumuhan dan boleh dijadikan hidangan gantian untuk pengawalan berat badan.

Oleh itu, anda akan menjadi lebih bertenaga dan dapat menikmati kesihatan jangka panjang yang lebih dinamik dengan penggunaan MycoVeggie DXN.

Senarai nama bahan dan faedah kesihatan rumusan bahan yang terdapat di dalam Myco Veggie:

bijian (kulit) Psyllium

bijian Psyllium: Psyllium melembutkan tahi dan mengurangkan sembelit. Hal ini menurunkan jumlah kolesterol “buruk” LDL dan dapat menurunkan risiko penyakit jantung , Psyllium juga mungkin berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kandungan gula darah-peringkat pasca pada orang dengan diabetes dan untuk gejala peningkatan irritable bowel syndrome, ulcerative colitis, diare dan hemmorhoids

Saderi

daun Saderi:  Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia. Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkali dalam darah dan menbantu menghentikan pembiakan kuman.

daun Ginkgo

Ginkgo: Secara tradisional  biji dan daun ginkgo biloba digunakan untuk rawatan gangguan peredaran darah, Alzheimer dan kehilangan ingatan. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa ginkgo biloba menambah pelebaran pembuluh darah dan menurunkan pembekuan darah- sangat diperlukan untuk rawatan klaudikasio intermiten (penyumbatan arteri yang menyebabkan kram pada kaki). Ginkgo biloba kaya antioksidan yang diketahui mempunyai kesan baik dalam membaiki  kerosakan sel dengan menegatifkan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca sebahagian besar masalah kesihatan moden bermula daripada penyakit jantung hingga kanser, ginkgo biloba dianggap sebagai ubat mujarab.

halia

Halia:  bertindak sebagai Anti-Virus dan berguna untuk mengubati gangguan pencernaan dari makanan tidak sempurna serta untuk membantu meringankan kesesakan bernafas akibat selsema. Ia juga berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh kerana kemampuan anti-virus, halia juga dapat membantu meringankan ceret beret dan mual.

serai

Serai: menawarkan nutrisi penting untuk meningkatkan imum tubuh seperti kalsium, besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium, selenium dan zink. Serai baik untuk merawat demam, flu, sakit kepala, dan masalah usus dan detoksifikasi. Kerana aroma yang harum, ia sering ditemui dalam produk kecantikan dan wangian

 

jagung manis

Jagung: Kandungan nutrien dalam 100 gr jagung adalah sebagai berikut :

Kalori : 355 kal,  Protein  : 9.2 gr,  Lemak :  3.9 gr,  Karbohidrat  : 73.7 gr,  Kalsium  : 10 mg,   Posfor  : 256 mg,  Besi   : 2.4 mg,  Vitamin A   : 510 SI,  Vitamin B1  : 0.38 mg,   Air   : 12 g

cendawan Lion’s mane

Lions Mane: dikenali sebagai herba penyembuh untuk masalah pada saluran pencernaan seperti ulser perut dan pangkal usus, serta kanser perut, kerongkong dan usus.

Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa polisakarida, bersama-sama dengan asid Adenosin dan oleanolic, merangsang induksi interferon dan modulasi dari sistem kekebalan tubuh, meningkatkan putih jumlah sel darah untuk membantu proses penyembuhan. zat ini juga meningkatkan fungsi penghalang lendir paru-paru, mempercepat penyembuhan luka, dan menunjukkan kesan anti-inflamasi.

Lion’s Mane juga telah terbukti membantu mengatur kadar gula darah dan kolesterol dan kemampuannya untuk membantu memerangi beberapa gejala dan penyebab demensia dan penyakit Alzheimer serta disfungsi saraf periferi.

Daun teh hijau

Daun teh hijau: Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa peminum teh hijau memiliki risiko 16 peratus lebih rendah daripada semua penyebab kematian dan 26 peratus lebih rendah risiko penyakit kardiovaskular (“CVD”) serta meningkatkan kesihatan jantung, termasuk mencegah platelet darah dari saling menempel. Secara khusus, teh hijau dapat mencegah pengoksidaan kolesterol LDL ( jenis “buruk”), dapat mengurangkan penumpukan plak di arteri. L-theanine, sejenis bahan kimia yang ditemui dalam teh hijau. Penyelidik menyarankan bahawa pengambilan oral L-theanine boleh menyebabkan kesan anti-stres ( tekanan ).Teh hijau juga bolehmembuang lemak yang menyebabkan obesiti.

Bahan-bahan herba lain yang terdapat di dalam rumusan MycoVeggie ialah:

Daun Malberri, Daun Mengkudu, Cendawan Shiitake,  Cendawan Lyophilium, Cendawan St. George’s, Cendawan Elm Oyster, Cendawan Split Gill, Limau Nipis, Oren, Spirulina, Pericarpium Citri Reticulatea, Bunga Lawang dan Bunga Cengkih.

 

Bentuk pakej: botol/400g

harga pasaran (S/M) RM 225.00

 

Bentuk pakej: – 5g x 40 bag/ kotak

harga jualan (S/M) RM 126.00

** mudah di bawa.

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

BEE POLLEN: makanan kesihatan terbaik


Firman ALLAH di dalam Al-Quran:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia.” [QS. An-Nahl : 68] “Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]

Orang ramai memang mengenali produk lebah paling popular iaitu madu yang berkhasiat dalam mengatasi berbagai penyakit. Namun, jika kita mengambil hikmah dari surat An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui produk lebah yang dapat dijadikan obat tidak terbatas hanya pada madu saja. Produk yang dihasilkan oleh lebah selain madu adalah berupa bee pollen, Royal jelly dan Propolis.

“Bee pollen adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan sempurna. Hal ini tidak dapat dibantah kerana telah dibuktikan oleh analisis di makmal dunia berkali-kali ..” Dr Betty Lee Morales.

Bee Pollen ialah salah satu makanan paling unik dan mujarab yang dapat diperolehi dari alam semulajadi. Pollen merupakan debunga jantan yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan menambah nektar atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan menukarkannya dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat atau granul. Kemudian, Bee Pollen ini dibawa balik ke sarang mereka. Lebah-lebah itu akan menambahkan enzim ke atasnya untuk menghalang percambahan dan menukarkannya kepada makanan bagi anak-anak lebah melalui proses metabolisma.

Zat makanan Bee Pollen

Bee Pollen amat kaya dengan Vitamin A, Provitamin A (karotenoid), B kompleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, zat galian (seperti kalsium, zat besi, kalium dan magnesium yang diperlukan untuk fungsi tubuh manusia), asid amino, hormon, enzim, lesitin, karbohidrat dan lemak, serta beberapa jenis antibiotik semulajadi dalam konsentrasi yang agak tinggi.

Faedah-faedah Bee Pollen

  • Peningkat sistem keimunan – Bee Pollen mempunyai keupayaan untuk menghapuskan bahan toksik dan mengeluarkan racun daripada tubuh badan.
  • Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.
  • Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.
  • Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
  • Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
  • Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
  • Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.

 

Bee Pollen membantu masalah pencernaan
Enzim amilase dalam Bee Pollen adalah mangkin biologi yang diperlukan untuk proses pencernaan. Ia membantu dalam pencernaan makanan. Di samping itu, ia juga membantu mencetuskan aktiviti pelarasan fungsi gastro-usus yang berkaitan dengan sembelit kronik dan beberapa kes cirit birit

Bee Pollen membantu mengurangkan berat badan

Bee Pollen kaya dengan lesitin iaitu sejenis pengemulsi lemak yang berkesan untuk memecahkan lemak dalam tubuh badan kita. Ia juga mengandungi ‘phenylalanine’ iaitu sejenis asid amino semulajadi yang bertindak sebagai penindas selera makan. Walau bagaimanapun, kesan pengurangan berat hanya dapat dilihat sekiranya pemakanan terkawal serta senaman teratur diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Bee Pollen sesuai untuk wanita hamil

DXN Bee Pollen ialah produk yang selamat untuk dimakan oleh semua orang walaupun bagi wanita yang sedang hamil. Bee Pollen mencegah kekurangan zat semasa hamil dan semasa tempoh penyusuan bayi. Bagaimanapun, bagi wanita yang hamil, boleh mendapatkan nasihat dari doktor sebelum memulakan pengambilan Bee Pollen.

Bee Pollen mengelakkan Anaemia

Anaemia berlaku apabila tubuh kita kekurangan zat besi, protein, vitamin B dan asid folik. Kekurangan zat-zat ini akan mengurangkan kadar penghasilan sel darah merah (hemoglobin) di dalam tubuh kita. Dengan memakan Bee Pollen yang kaya dengan zat besi, protein, vitamin B dan asid folik, ia dapat menambahkan bekalan keperluan zat-zat ini kepada tubuh dan seterusnya menghalang dan memperbaiki keadaan anemia dengan merangsangkan penghasilan hemoglobin.

Bee pollen sesuai untuk pemakan sayur ( vegeterian)

Nilai pemakanan pollen adalah setanding dengan sayuran segar, salad, buah-buahan dan ia merupakan pengganti sumber protein yang hebat. Bee Pollen ialah makanan tambahan yang tulen dan tidak diproses, ia mengandungi 100% bahan asas tumbuhan yang dihasilkan oleh bunga-bungaan, herba, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang dikumpulkan oleh lebah madu. Ia juga bebas dari sebarang bahan pengawet buatan manusia.

Bee Pollen sesuai untuk lelah dan masalah alahan

Kami mencadangkan anda bermula dari dos yang rendah. Sebagai permulaan, anda boleh mengambil dua tablet sehari pada minggu yang pertama untuk membina sistem keimunan anda secara perlahan-lahan. Kemudian, anda boleh menambahkan pengambilan secara beransur-ansur sehingga sampai ke tahap yang disyorkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang alah kepada produk hasil lebah, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan sebarang produk hasil lebah.

 

Bee Pollen DXN pilihan terbaik

Bee Pollen DXN adalah hasil asli dari alam semulajadi. Ia bebas dari bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa atau bahan tiruan yang lain. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah alahan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan Bee pollen. Bee Pollen DXN pilihan terbaik kerana:

Bee Pollen yang dipilih adalah berkualiti tinggi

• Dihasilkan oleh kilang yang mempunyai pengiktirafan “Amalan Perkilangan Baik” (Good Manufacturing Practice (GMP)) yang mempunyai makmal dan peralatan eksklusif.

• Diproses dengan menggunakan teknologi canggih untuk memastikan khasiatnya dikekalkan.

• Setiap kelompok produk diuji di bawah kawalan kualiti yang ketat.

• Tiada penambah kimia dan pengawet.

• Sesuai untuk setiap peringkat umur dan untuk pengambilan jangka lama.

• Bentuk tablet yang menyenangkan pengambilan pada setiap masa dan tempat.

Bee Pollen DXN untuk semua orang

Orang dewasa biasanya disyorkan memakan sebanyak 6 tablet sehari untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga adalah DXN menyediakan Bee Pollen dalam bentuk tablet. selamat dimakan bersama produk DXN yang lain. DXN Bee Pollen boleh dimakan pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan. Pengguna boleh memakan DXN Bee Pollen walaupun sedang menjalani rawatan ubatan barat.

Untuk maklumat produk Bee Pollen DXN, sila hubungi pengedar yang sah dan bertauliah.

Harga Pasaran:

1) Tablet 120: RM59.00

2)Tablet 300: RM141.50

Posted in makanan kesihatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment